Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH
Berita Semasa
Kerajaan Selangor Bayar Pampasan RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) : Masalah demi masalah yang dihadapi rakyat Selangor ketika ini termasuk pendedahan punca beberapa siri masalah air di Selangor (SEPERTI DI SINI), secara tiba-tiba….Berita yang baru diterima, apabila….
Berita yang baru diterima, apabila kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama untuk membenarkan kerajaan Selangor untuk beli bayar dengan pampasan sejumlah RM9,650,000,000 juta (RM9.65 bilion) sekaligus terus mengambilalih pengurusan syarikat air di Selangor seperti :
Pampasan Beli Syarikat Konsesi Air Selangor : Senarai Syarikat Terima Bayaran Lumayan RM9.65 Bilion!!
- Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
- Puncak Niaga Sdn Bhd
- Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas)
- Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).
Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambar A. Samad Said.
Sampai bila nak ditindas?
bestkan, berkhidmat utk rakyat,nak tolong rakyat sendiri pun terpaksa bayar 9 billion pd kroni puak tu,,moga2 penyokong umno sedarlah sikit,sampai bila nak ditindas ? — bersama Lang Ngindang.
Memperkayakan suku sakat/kroni
Saham air selepas proses ambil alih selesai, kata MB
Mar 02, 2014
SELANGORKINI
SHAH ALAM: Rancangan pemberian saham air kepada rakyat yang diumumkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Mei 2013 akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu diyakini akan dapat dipenuhi kerajaan negeri, namun tiada sebarang jangka masa ditetapkan untuk pelaksanakannya.
“Sudah dapat baru kita umumkan kerana Kerajaan Negeri sudah berjanji pada Mei tahun lalu iaitu selepas selesai penstrukturan air, kami akan kenalkan saham air kepada rakyat.
“Tetapi tiada tempoh masa ditetapkan kerana kerajaan negeri perlu pastikan penstrukturan air ini selesai terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan perjanjian untuk menyusun semula industri air di Selangor adalah terikat dan tidak boleh dibatalkan kerana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri komited untuk melaksanakannya.
Katanya perjanjian itu dengan jelas menyatakan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dengan Selangor mesti melaksanakan apa yang dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) untuk meluluskan projek loji rawatan air Langat 2.
Pada masa yang sama, katanya kerajaan persekutuan memberi Kerajaan Selangor kuasa untuk mengambil alih pengurusan merawat dan membekalkan air kepada lebih tujuh juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.
“Kerajaan Negeri mewakili rakyat Selangor dan keputusan ini dilakukan untuk ‘value for money’.
“Kita ingn memastikan loji rawatan air itu dibina dengan sebaiknya kerana kita memerlukan itu tetapi ia perlu dilakukan dengan pemahaman bahawa kita mendapat harga, teknologi dan cara terbaik,” katanya lagi.
-HD
0 comments:
Post a Comment