Tuesday, 18 March 2014

Tian Chua Disiasat Polis Cuba Jatuhkan Najib & Polis Nafi Tentera AS Terlibat Misi MH370

Selasa, 18 Mac 2014

Tian Chua Ditangkap Polis Cuba Jatuhkan Najib


Polis hari ini menyiasat Naib Presiden PKR Tian Chua ekoran kenyataannya berhubung “menjatuhkan Najib dalam 5 bulan” di Twitternya pada 7 Mac lalu.

Anggota Parlimen batu itu hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Seksyen itu antaranya memperuntukkan kesalahan mencetak, menerbit, menjual dan mengedar penerbitan bertujuan menghasut.

Sabitan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun (bagi kali pertama) dan lima tahun (kesalahan berikutnya), atau kedua-duanya.


Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang sebelum ini menulis:

"Najib hukum Anwar dipenjarakan 5 tahun - rakyat akan menjatuhkan Najib dalam 5 bulan, saya berjanji kepada anda!"

Ia dipercayai dibuat ekoran perasaan tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman itu kepada Anwar selepas memutuskannya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Pengurus Komunikasi PKR Batu Vinesh Nair, Tian Chua juga ditahan dalam tempoh singkat kerana enggan membenarkan komputer tablet iPad miliknya diperiksa.

"Tian Chua tidak berpuas hati dengan tindakan itu, sekarang merancang untuk membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi," kata vinesh ketika dihubungi Malaysiakini.

Tian Chua disiasat kira-kira sejam bermula jam 10 pagi tadi.
BLM 
 

Polis Nafi Gambar di Facebook Tentera AS Terlibat Misi Pencarian MH370

Posted 2014/03/18 by Ana Ghoib in Berita Semasa
tentera amerika cari mh370

Gambar latihan tentera Amerika oleh PDRM
KUALA LUMPUR: Polis pada Selasa menyangkal gambar tersebar di laman sosial Facebook kononnya tentera Amerika Syarikat (AS) di Kota Baharu, Kelantan dan di Ipoh, Perak dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), gambar tersebut merujuk kepada latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera AS yang diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, Perak, pada 2012.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihat supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.
PDRM mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta boleh menggugat ketenteraman awam.
Gambar beberapa tentera AS tersebar di Facebook dan WhatsApp dengan mendakwa tentera AS berada di Kota Baharu dan Ipoh dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lepas.
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Bernama News

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena