Saturday, 8 March 2014

[Video] Waris penumpang MH370: "Mereka dilayan macam anjing".. Dua Tumpahan Besar Minyak Dikesan...

Sabtu, 8 Mac 2014

Published on Mar 8, 2014
Keluarga pembantu juruterbang Malaysia
Airlines (MAS) yang hilang dilaporkan dalam perjalanan ke Beijing mengambil
keputusan menunggu di rumah sehingga mendapat berita yang mengesahkan kejadian
itu.


Wartawan:Sinar Harian 
Jurukamera:Fauzi Mohamed 
Suntingan:One Shah
Waris penumpang MH370 diminta kumpul di KLIA
  • Antara ahli keluarga penumpang pesawat penerbangan MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang membawa 227 penumpang termasuk dua orang bayi dan 12 anak kapal yang dipercayai terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi berada di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini. - Foto Bernama

Waris penumpang MH370 diminta kumpul di KLIA
pesawat mas terhempas 2014
MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi waktu tempatan dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.
Pesawat yang hilang itu merupakan satu daripada 15 pesawat Boeing 777-200s MAS.
Model 777 pertama, 777-200, memulakan operasi pada 1995 dengan United Airlines sebagai syarikat penerbangan pertama menggunakan perkhidmatannya.
Sejak itu, empat model 777 tambahan telah dilancarkan termasuk model lebih panjang pada Februari 2000. – Bernama
" They're treating us worse than dogs"

Waris penumpang MH370 YANG HILANG

"Mereka dilayan macam anjing"

" They're treating us worse than dogs - angry Chinese families lash out at Malaysia Airline"
Mereka melayani kami lebih hina dan teruk dari anjing . kata warga China yang berang kepada MAS.

Apakah ini benar?? .. Jika benar maka wajar suatu penjelasan mengapa sebegini teruk boleh terjadi.
Posted by indah.com
Bekas Presiden Seniman "Hina Pesawat MH370" Mohon Maaf
Zed Zaidi mohon maaf hina Pesawat MH370 - Susulan memuatnaik status yang seolah-olah menghina Pesawat MH370 yang kini masih gagal dikesan, bekas presiden SENIMAN Zed Zaidi dikecam teruk peminat di laman sosial.

Dua Tumpahan Besar Minyak Dikesan Tentera Udara Vietnam

Pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS dilaporkan hilang awal pagi tadi, petanda pertama pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas.

Pesawat Tentera Udara Vietnam itu adalah sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kenyataan kerajaan Vietnam menjelaskan tumpahan minyak itu dikesan lewat petang tadi di perairan di selatan Vietnam dengan masing-masing antara 10 dan 15 kilometer panjang. 

Tiada pengesahan bahawa tumpahan minyak itu ada kaitan dengan pesawat yang hilang itu tetapi selari dengan corak yang akan dihasilkan oleh dua tangki minyak pesawat yang terhempas.  
Gambar pesawat MAS disyaki terhempas oleh Astroawani
Gambar pesawat MAS Boeing 77-200 MH370 yang hilang. Admin teringat terbang melalui laut Cina Selatan yg gelap dimalam hari transit di Hongkong melalui laluan sama pesawat ini. Pilot dan anak kapal semua baik baik veteran MAS. Petang tadi ada wartawan kena penampar di Beijing airport kerana isu kehilangan ini. Harap komenter di MRM lebih sensitif dan doakan pesawat dapat mendarat di air. Kalau tidak kita belasah Boeing kerana pesawat 777-200 memang dilapor banyak bermasalah sejak tahun lepas – Majalah Review Malaysia – MRM kredit Astroawani

Isteri dan anak bekas CEO Celcom antara penumpang MH370

Datuk Mohamed Ramli Abbas
Berita ini disahkan oleh Celcom di dalam satu kenyataan media.
Celcom berkata isteri Mohamed Ramli Abbas , Datin Biby Nazli Mohd Hassim bersama dua anak perempuannya Maria Mohamed Ramli Yunus dan Dina Mohamed Ramli Yunus, berada di dalam pesawat tersebut.
“Sehubungan dengan berita ini, kami memohon semua warga Celcom untuk terus berdoa agar ahli keluarga, rakan-rakan, penumpang serta krew pesawat MH370 berda di dalam keadaan selamat dan dilindungi oleh Allah SWT,” kata kenyataan itu.
pesawat mas terhempas di vietnam

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena