Wednesday 11 June 2014

Hasan Ali sertai semula PAS? & Jawapan isteri YB Nasrudin Tantawi berhubung kereta VELLFIRE

Khamis, 12 Jun 2014

Sertai semula PAS: Dr Hasan Ali akan fikir



PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata jika ada pelawaan untuk menyertai semula PAS, beliau akan fikirkan.
Katanya, banyak perkiraan perlu dibuat sebelum memutuskan perkara itu.
Katanya lagi, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai wujudnya usaha dalamantersebut sebagaimana yang didakwa.
“Saya tidak ada dengar mengenai perkara ini (usaha untuk menarik beliau ke dalam PAS semula). Perkara ini tidak sampai ke pengetahuan saya,” katanya mengulas kemungkinan beliau menyertai semula PAS.
Dr Hasan yang juga bekas ADUN Gombak Setia dikatakan akan menyertai semula parti itu selepas dipecat keahliannya pada Januari 2012.
Menurut sumber parti itu, kemasukan semula Hasan mungkin boleh berlaku apabila dikatakan wujud usaha dalaman yang digerakkan beberapa kepimpinan PAS termasuk anak-anak kepada pengasas serta golongan veteran bagi ‘memperbetulkan’ semula PAS supaya tidak tersasar jauh daripada matlamat dan perjuangan asalnya sebelum ini.
Katanya, usaha dalaman itu difahamkan dibuat atas perkiraan perkembangan politik semasa ketika ini termasuk kesan-kesan lain yang terpaksa dihadapi PAS ekoran kerjasama parti tersebut dengan DAP dan PKR dalam sesuatu isu yang ada kalanya tidak selari dengan matlamat asal parti berkenaan.
“Memang tidak dapat dinafikan PAS ketika ini dilihat sedikit demi sedikit telah lari daripada matlamat perjuangannya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti apabila mengadakan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.
“Malah ada pemimpin daripada parti sekutu PAS secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud yang merupakan antara agenda perjuangan PAS selain isu-isu yang melibatkan soal agama dan perpaduan umat Islam. Atas sebab itulah dikatakan wujudnya usaha dalaman bagi memperbetulkan semula PAS agar tidak terpesong daripada landasan asal perjuangannya.
“Usaha dalaman ini juga mungkin akan melibatkan usaha menarik semula Hasan ke dalam PAS bagi bersama-sama memperbetulkan semula parti,” katanya.
Tambah sumber itu, usaha dalaman tersebut juga adalah untuk menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika ini dilihat berseorangan dalam memastikan PAS terus mengikut perjuangan asalnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti tersebut.
Menurut sumber itu, usaha Abdul Hadi difahamkan tidak disambut begitu baik oleh sebilangan kepimpinan Pas ketika ini.
FMT
Artikel Berkaitan
Petikan Pandangan Penulisan 'Tulang Besi'

Kemewahan Bekas Ketua Pemuda PAS Dipersoalkan



Sokong UG Dapat Kereta Mewah (mcm Nasa)

Pasal isu Vellfire ni:

Mesti diingat kes Nasaruddin Mat Isa.

Asalnya Nasa tu bermewah dan bermegah dgn keduniaan walaupun masih pegang Ahli Parlimen dan Timbalan Presiden PAS.


Dia pindah rumah banglo, dia beli kereta2 mewah, gaya hidup pun mewah, makan di restoran2 mewah, bercuti di tempat2 mewah dsbnya.

Masa tu ramai yang bertanya mana NAsa dapat duit boleh bermewah sebegitu sekali. Tapi tak sampai lah nak personal dalam Facebook.

Penghabisan sekali terdedah tembelang Nasaruddin Mat Isa.

Dia rupanya pencacai Najib. Mengikut buntut Najib ke sana ke mari. Jadi, akhirnya kita tau la mana dia dapat duit dia untuk hidup mewah dan kaya.

Bertitik tolak dari pengalaman dgn Nasa Mat Isa, kita pun tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Sebab tu kita personal kes Tantawi dan Vellfire .

Tantawi wajib dedahkan di mana dia dapat duit beli Vellfire yang harganya lebih mahal dari rumah saya.

Alasan ianya dibeli oleh isteri Tantawi tak boleh pakai sbb isteri nya cuma seorang cikgu. Bukan seorang CEO GLC.

Pernah Tulang Besi mempersoalkan isu Honda Ulysess milik seorang di Kelantan. Ini kerana orang itu menggelarkan Nasa Mat Isa sebagai adinda beliau apabila HArakah menyerang Nasa Mat Isa.

Waktu Tantawi jadi Ketua Pemuda pernah usul rombak Harakah diluluskan kerana Harakah menyerang Nasa Mat Isa.

Kita masih menunggu jawapan jitu dari Tantawi and the geng.

Setakat hurai makna ZUHUD je tak cukup, Tantawi oiii.

El Haraki juara fitnah tetiba nak jadi baik mempertahankan Tantawi and the gang.

Majoriti penggerak dan aktivis PAS sedang sakit kerana kenaikkan harga barang dan kurang masa untuk cari duit kerana parti.

Tiba2 geng ulama Azhar boleh beli kereta2 yang begitu mahal dan sangat2 mewah.

Kalau Tantawi ikut jejak langkah Khalid SAmad beli 4x4 rasanya takda sapa marah sbb ada praktikal nya.

TULANG BESI
BLM








jawapan dari isteri yb temerloh berhubung kereta velfire.

Gambar: GAMBAR TERKINI DATO' SERI PRESIDEN PAS SETELAH KELUAR DARI WAD DI HOSPITAL ISTANBUL, TURKEY. 
http://omakkau.blogspot.com/2014/06/gambar-terkini-dato-seri-presiden-pas.html
Tok Guru ... Pulanglah Kepangkuanku
1. Rasa terkilan, sedih dan berbaur pelbagai rasa mengenang Tok Guruku Ayahanda Hj Abdul Hadi yang kini terlantar di hospital nun jauh di negara orang sedang aku tidak mampu untuk pergi menziarahinya. Hanya sekadar mengirim salam melalui orang yang mampu pergi menziarahi tokoh Daei ummah itu. Entahkan salamku sampai atau tidak ? Entahkan Tok Guru perasan aku menitip salam dan doa buatnya atau tidak ? Aku tidak tahu dan ianya membuatkan diri ini makin sedih dan sayu.
2. Tok Guru bagai ayahku sendiri biarpun ia bukan ayah kandungku. Aku membesar di mihrab ilmunya dan Tok Gurulah sumber inspirasiku sejak remaja, dimana aku menadah ilmu wahyu di Masjid Rusila. Aku juga sempat menghadham sebahagian besar buku Ma'alim Fit Toriq dari bimbingan ayahanda Tok Guru sewaktu aku berkampung di Rusila suatu ketika dahulu. Kefahaman Islam yang diterapkan oleh Tok Gurulah menyebabkan aku meninggalkan pengajianku di Sekolah Menengah Marang ke Pondok Pasir Tumbuh bagi mendalami urusan agama dan perjuangan Islam ini. Kerana aku mahu menjadi seperti Tok Guru.
3. Kini Tok Guruku telah dimamah usia dan lebih mencerut rasa apabila Tok guru terlantar di hospital sementara aku terpaksa mengatur pelbagai aktiviti santai dan rehlah bersama anak isteri bagi meredakan resah dan rasa pilu ekoran hilang upaya untuk terbang ke Istanbul menziarahi Tok Guru. Aku selidik harga tiket dan sekurang - kurangnya aku perlukan RM 3500 untuk sampai ke sana. Setinggi - tinggi penghargaan aku ucapkan kepada Geng Ustaz yang bertungkus lumus memungut dana dari anggota Geng Ustaz bagi menghantar aku ke Instanbul. Tapi jauh disudut hati ini, tak sanggup pula aku menyusahkan sahabat - sahabat Geng Ustaz yang sememangnya bekerja keras mencari dana untuk urusan kebajikan ummah serta program pencerahan agama kepada masyarakat. Biarlah wang itu digunakan untuk kepentingan yang lebih umum.
4. Aku terus mendoakan Tok Guru agar segera sihat dan segera pulang. Sungguh aku merinduimu Tok Guru. Entah mengapa ? Tiba - tiba sahaja hati ini diserang rasa rindu yang tidak tertahan. Air mata deras mencurah sehingga anak dan isteri kehairanan, untuk siapa kesedihan itu. Ya Allah ... Bilakah Tok Guru akan pulang ? Cepatlah balik ... Jangan lama - lama di sana, aku merinduimu. Ya Allah ... Kurniakan keafiatan buat Tok Guru ! Kerana aku yakin ummah masih memerlukan bimbingan dan pimpinan Tok Guru, biarpun ramai juga memusuhi Tok Guru malah bergembira apabila Tok Guru sakit begitu. Demi Allah ! Pulanglah Tok Guru, aku sanggup mendepani musuh - musuh itu bersamamu bagi menegakkan Islam dan syariatnya di bumi bertuah ini.
5. Secara zahirnya, aku tidaklah rapat dengan Tok Guru sebagaimana rapatnya Dr Samsuri setiausaha politiknya kerana beliau selalu mengiringi Tok Guru kemana sahaja. Bukan aku tidak mahu mendampingi Tok Guru sepanjang masa. Tuhan sahajalah tahu perasaan ini, betapa aku ingin mendampingi sepanjang masa sehingga aku juga dapat rasa keberuntungan sahabatku Ustaz Khalil yang menjadi anak kandung Tok Guru. Begitulah aku juga sangat cemburu dengan keberuntungan milik sahabatku Ust Nik Mohd Abduh yang menjadi anak kandung kepada Tok Guru Nik Aziz. Ya Allah ... Sebetulnya, Aku tidak mahu kehadhiranku disamping Tok Guru mengganggu rehat dan keselesaannya. Aku tak banyak berbual dengan Tok Guru kerana aku bimbang tersalah cakap lalu mengguris perasaannya. Aku tidak berhujjah mempertahankan kepimpinan dan keputusan Tok Guru dihadapannya kerana aku bimbang meninggi suara dihadapannya lalu menjatuhkan air mukanya. Aku hanya berlagak biasa dihadapannya sedang aku mahu menjadi orang yang dekat dan rapat dengan Tok Guru seperti dekat dan rapatnya sahabat se"Besut"ku Dr Samsuri.
Ya Allah ! Bawalah pulang Tok Guru kepangkuanku segera ! Aku sedang menanti penuh kerinduan !
Nasrudin Hassan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena