Sunday, 8 June 2014

M'sia Serba Mahal...Ni Lah akibat 'Parti Keramat' yang tadbir urus negara...

Ahad, 8 Jun 2014

BERITA YANG TIDAK DI HEBAHKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN ... DI MALAYSIA HARGA INTERNET PALING MAHAL DAN PALING PERLAHAN?

Tidak mau ulas dengan panjang lebar sekadar cukup mengajak para pembaca dan pengitai serta penjeguk blogOmak Kau lihat dan nilai.

Bandingkan negara kita yang ditadbir urus oleh UMNO parti yang macai-macainya kata parti keramat yang luar biasa hebat dan handalnya dalam dunia dengan negara yang macai-macai UMNO kutuk terutamanya Singapura.

Di Malaysia kelajuan 1Mbps sebulan RM110 sedangkan negara Singapura yang diperintah oleh PAP berpendana menterikan anak Lee Kuan Yew kelajuan 150 mbps sebulan baru RM119.

Kalau di Taiwan kelajuan 2Mbps baru RM24.60sen. sedang dinegara kita kelajuan yang sama ialah RM130 sebulan.

Omak Kau tidak berani nak komen dan ulas banyak-banyak sangat nanti ada macai-macai UMNO yang terkenal seantaro dunia sebagai macai paling bengis dan garang akan perhambat Omak Kau supaya keluar dari negara ini ataupun paling tidak di rekomen agar di tarik kerakyatan ... Omak Kau takuttt~~~~~~

BERITA YANG TIDAK DI HEBAHKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN ... DI MALAYSIA HARGA INTERNET PALING MAHAL DAN PALING PERLAHAN???? 
http://omakkau.blogspot.com/2014/06/berita-yang-tidak-di-hebahkan-oleh.html
  • Fadil Speedy Saya nak makan nasi lemak,
    beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
    BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

    Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi0.
    Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
    Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
    Minum kopi mesti campur gula
    Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
    MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ;
    MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya
    OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan
    Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
    Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
    IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
    Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
    Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor
    Motor Kriss, keluaran MODENAS.
    Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
    Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton.
    Proton milik DRB HICOM.
    DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
    Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
    Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
    Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
    Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
    Kereta kena ada insurans coverage.
    Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance
    Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
    Nak ambil road tax, kena pergiPUSPAKOM.
    Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
    Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang
    Landasan keretapi siapa buat?= MMC.
    MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
    Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB
    Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor!
    Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
    Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahajala.
    Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
    Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
    Tak nak pergi Tanjung Pelepas,pergi Johor Port.
    Johor Port milik siapa? = MMC.
    MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
    Ok la… I orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap)
    Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC.
    MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
    Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung!
    Duduk rumah, hantar surat sahaja!
    Apabila nak hantar surat, kena lekat setem!
    Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. 
    Tahniah Tan Sri.. Alhamdulillah...Tan Sri Dyed Mokhtar Al-Bukhary telah melaksanakan tanggungjawab fardu kifayahnya kepada seluruh umat islam khususnya di Malaysia...Semua Umat Islam mengucapkan terima kasih...teruskan Tan Sri...semoga kami semua sentiasa mendapat yang halal dan tiada yang subhah..amin.
  • Dasar Umno BN Hanya Kayakan Anak Dan kroni


    gambar fail
    Dasar Umno Barisan Nasional hanya mementingkan anak dan kroni dan bukan membantu bumiputera yang miskin, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menurutnya, Pakatan Rakyat termasuk DAP sebelum ini menyokong hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

    Najib turut mengumumkan pakej bernilai RM30 bilion, serta penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

    “Kita tidak pernah menyangkal hak dan kedudukan tersebut. Namun begitu apa yang kita tentang ialah keistimewaan yang diberikan kepada kumpulan Melayu yang kaya menjadi semakin kaya serta berbilion dianugerahkan kepada anak Menteri,” kata Anwar.

    “Sokongan kita berikan sekiranya kekayaan ini diberikan kepada orang Melayu yang miskin untuk menaikkan taraf hidup dan menseimbangkan kedudukan ekonomi masyarakat yang ketara jurang perbezaannya.

    Bukannya untuk mengkayakan anak sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis Himpunan Kepedulian Kemanusiaan Global yang diadakan di Yayasan An-Nadhoh, Penanti, Pulau Pinang 16 September lalu.

    Anwar berkata, kerajaan harus mengubah dasar yang hanya memberi bantuan kepada kroni dan kenalan yang menyebabkan jurang kekayaan semakin melebar.
  • IdaMan.
  • Harga Rumah Naik 8% Setahun - Teruskan Menyewa Sampai Mati!

  • Macai pon ada rumah sendiri lh bro...tak main lah sewa2.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena