Monday 9 June 2014

Rakyat mahu turunkan harga kereta...Mahathir pulak suruh 'PROTON naikkan harga kereta'

Isnin, 9 Jun 2014




'PROTON mesti pertingkat harga kereta'

Pengerusi PROTON Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan harga kereta Proton dinaikkan untuk bersaing di pasaran dunia.

Menurut beliau imej sebagai pengeluar kereta murah perlu dikikis dan kualiti perlu dipertingkat setahap pengeluar kereta antarabangsa.

"Sebelum ini kita (PROTON) dilabel sebagai pembuat kereta murah.

"Kami mahu keluarkan kereta bertaraf dunia tetapi kita harus tingkatkan harga," kata beliau dalam sidang media selepas memberi ucaptama bengkel anjuran Human Life Achievement Foundation (HLAF) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mahathir turut membidas tindakan kerajaan yang mengabaikan usaha meningkatkan mutu kereta nasional dan memilih untuk menggunakan kereta import.

Katanya, langkah tersebut menunjukkan kerajaan tidak begitu memahami kepentingan industri kereta tempatan dalam meningkatkan teknologi dalam negara.

"Malangnya kerajaan sekarang kurang celik terhadap betapa pentingnya kita mengeluarkan teknologi sendiri.

"Dengan teknologi ini kita dapat wujudkan pekerjaan untuk rakyat, adakan industri sokongan dan seterusnya tingkatkan pendapatan untuk capai tahap negara maju," katanya.

'Kenapa tak persoal Perodua juga?'

Mahathir yang kembali menerajui PROTON berkata beliau akan memastikan syarikat itu kembali berdaya saing tetapi mahu kerajaan membantu industri tersebut.

Beliau memberi contoh Korea Selatan yang membantu syarikat persendirian seperti Hyundai satu ketika dulu untuk memastikan industri kereta mereka mencapai tahap dunia seperti sekarang.

"Mereka (kerajaan) lupa 28 peratus keuntungan Proton akan kembali kepada kerajaan," kata beliau.

Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton Holdings dan Group Lotus plc (LOTUS) berkuatkuasa 16 Mei lalu menggantikan Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, tetapi kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat.

Beliau memainkan peranan penting dalam konsepsi dan kemajuan industri automotif di Malaysia sejak Proton diwujudkan pada 1983.

Mahathir secara berseloroh turut mempersoalkan mengapa Proton lazim menerima kritikan kerana dibantu kerajaan tetapi tidak syarikat kereta Malaysia yang lain.

"Orang asyik bercakap pasal Proton terima bantuan kerajaan selepas duti eksais dikurangkan... Perodua juga dapat konsesi kerajaan. Kenapa orang tak pernah sebut pasal Perodua?" soal beliau sambil tersenyum lebar.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena