Wednesday 11 June 2014

Saksi Pertama - Ekori Zaidi membuat laporan polis & merakam video! 'Konspirasi Jahat Terbongkar'...

Rabu, 11 Jun 2014
Foto Pak Teh MYatim.

Konspirasi Jahat Umno Akhirnya Terbongkar...

Seorang anggota tentera udara mengaku memadamkan rakaman kejadian yang didakwa sebagai sidang media Mejar Zaidi Ahmad pada 1 Mei 2013, selepas memindahkannya ke dalam komputer riba Jabatan Arah Provos Marsyal, pasukan itu.


Pengakuan itu dibuat Sarjan Udara Mohd Khairul Nizam Ishak, yang bertugas di bahagian Keselamatan Fizikal dan Pencegahan Jenayah (KFPJ), Skuadron 104 Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM pada 1 Mei 2013.

Beliau adalah saksi pertama perbicaraan kes Zaidi yang didakwa di mahkamah tentera kerana memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.

Saksi berkata demikian sewaktu menjawab soalan peguam Hanipa Maidin yang membela Zaidi.

Khairul sewaktu menjawab soalan pihak pendakwaan sebelum itu memberitahu mahkamah yang beliau mengekori Zaidi membuat laporan polis di balai polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013.

Beliau turut memberitahu mahkamah yang beliau membuat satu rakaman video kejadian yang didakwa sebagai satu sidang media oleh Zaidi, menggunakan telefon bimbitnya.

"Apabila sarjan memadamkan rakaman asal, sarjan sebenarnya memadamkan bukti, betul?" tanya Hanipa.

"Betul," jawab Khairul Nizam dari kandang saksi.

"Setuju atau tidak, apabila sarjan memadamkan bukti, ia adalah satu kesalahan," tanya Hanipa lagi.

"Tidak," balas beliau.

"Sarjan tahu atau tidak pertuduhan yang dikenakan ke atas Mejar Zaidi?" tanya Hanipa seterusnya.

"Tidak," jawab beliau ringkas.

"Saya katakan apa yang sarjan kata sebagai sidang media itu anggapan sarjan," tanya Hanipa lagi.

"Tidak," balas beliau.

Sewaktu disoal pasukan pendakwa Mejar Ahmad Sanusi Ali kemudiannya, Khairul menjelaskan yang ia bukan kesalahan kerana beliau melaksanakan arahan pegawai atasannya, yang tidak mahu rakaman itu tersebar kepada orang ramai.

"Kenapa padam?" tanya Ahmad Sanusi Ali.

"Saya dapat arahan untuk padam daripada Leftenan Kolonel Rosli supaya (rakaman) tak tersebar.

"Saya tak setuju (padam rakaman satu kesalahan) sebab saya dapat arahan untuk padam supaya ia tak tersebar," jawabnya.

Leftenan Kolonel Rosli dalam keterangan saksi kedua kemudiannya dikenal pasti sebagai pegawai yang mengetuai pasukan dari Jabatan Arah Provos Marsyal.

Pasukan itu tiba di Pangkalan Udara Butterworth pada jam 9 malam hari yang sama susulan laporan polis berkenaan dakwat kekal oleh Zaidi pada sebelah siangnya. ~mk
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena