Wednesday, 4 June 2014

Coklat DNA Babi - Jadi Jujur Kena Siasat!...Erkk! Jakim kata halal, rakyat tetap tolak.

Rabu, 4 Mei 2014

Jom ramai2 jadi penipu. Mana tahu dilantik jadi menteri ke. Senang hidup. Tak payah fikir pasal kos sara hidup dan kenaikan harga barang lagi dah..

Haha..



Cadbury: Jakim kata halal, rakyat tetap tolak

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Tindakan tergesa-gesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan status halal dua produk coklat Cadbury tetap menimbulkan keraguan kepada pengguna.

Kajian undian Harakahdaily yang dilakukan mulai 2 Jun lalu mendapati 94.2 peratus tidak akan membeli produk tersebut walaupun ia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sementara itu, 5.8 peratus pula akan membelinya berhubung kajian secara undian dengan soalan 'JAKIM sahkan tiada DNA Babi dalam coklat Cadbury. Adakah anda akan membelinya seperti biasa' membabitkan 1,828 pengunjung.

Jamil Khir yang mengumumkan status dua produk coklat Cadbury yang sebelum ini dikatakan tercemar DNA babi sangat mengejutkan kerana sebelumnya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan maklumat mengenai kandungan DNA itu.

Jakim sebelum ini mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini.

Dr Noor Hisham berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran. - HARAKAHDAILY 4/6/2014
Erk!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena