Friday, 16 October 2015

Sabah Akan Hilang! Pimpinan Umno TIDAK HADIR Kenduri Anak DS Shafie Apdal?

Sabtu, 20 Oktober 2015

Sabah Akan Hilang?

Gua dapat maklumat.... maklumat yang menceritakan kemungkinan Sabah akan hilang daripada kekuasaan BN.... Makin ramai yang dah tak suka pada BN... malah sentimen anti Putrajaya dah makin kuat setiap hari...
Memang ader Ahli Parlimen dari Sabah yang dah jadi Menteri tapi itu bukan persoalannya... Orang ramai dah marah... warga Sabah dan marah... dan akan ajar BN pada PRU14.
Yang pasti.... BN memang akan tergugat nanti... Hahaha
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2015/10/sabah-akan-hilang.html#ixzz3okbUSzDj

DS Salleh Said Keruak, Datuk Rahman Dahlan TIDAK HADIR Kenduri Anak DS Shafie Apdal Kerana TAKUTKAN NAJIB?

CELAH GELEGAR
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan dakwaan ketidakhadirannya dalam majlis kenduri anak lelaki Datuk Seri Shafie Apdal disebabkan arahan pihak tertentu.
Salleh berkata, beliau tidak hadir ke majlis perkahwinan anak naib presiden Umno itu kerana berada di Labuan atas urusan rasmi.
"Tak betul (ada arahan). Saya di Pulau Labuan atas urusan rasmi semalam dan hari ini," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan anak Shafie, Mohd Shazwi dengan Siti Aimira Suhaidi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, ketidakhadirannya beberapa pemimpin, terutamanya dari Sabah, negeri Shafie sendiri, menimbulkan spekulasi pelbagai pihak mula menjarakkan diri daripada bekas menteri yang digugurkan itu.
Menurut sumber, sesetengah menteri atau timbalan menteri, memberikan jawapan bahawa mereka tidak dapat hadir, manakala sesetengahnya pula tidak memberikan sebarang pengesahan.
Namun apa yang lebih menarik, ada beberapa menteri yang sudah mengesahkan kehadiran pada peringkat awal, tiba-tiba membatalkannya di saat-saat akhir.
Tanpa mahu membuat tuduhan, sumber memberitahu, kemungkinan ada arahan daripada mana-mana pihak supaya menteri terbabit jangan hadir ke majlis berkenaan.
Selain Salleh, pimpinan Umno Sabah seperti Datuk Abdul Rahman juga tidak hadir.
Tan Sri Muhyiddin Yassin., timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri yang digugurkan bersama Shafie turut memeriahkan majlis.
Malaysiakini sedang menunggu jawapan seorang lagi menteri kabinet yang didakwa mendapat arahan tidak hadir.
Posted by CELAH GELEGAR

Kenduri Shafie Apdal jadi majlis orang pencen

Kecewa, kecil hati? Tidak
Tanpa mahu membuat tuduhan, sumber memberitahu, kemungkinan ada arahan daripada mana-mana pihak supaya menteri terbabit jangan hadir ke majlis berkenaan.
“Sebagai pihak yang pernah berada di posisi mereka sebelum ini, kami memahami.
“Mungkin juga kerana kegawatan ekonomi sekarang yang memerlukan mereka bermesyuarat bagi mencari penyelesaian,” katanya.
Adakah pihak Mohd Shafie kecewa atau berkecil hati?
“Tidak,” kata pegawainya, sambil mengulangi kata-kata bahawa mereka “memahami” apa yang menyebabkan sebahagian anggota kabinet gagal hadir meraikan majlis di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur itu.
Kata beliau, majlis yang diadakan itu dibuat sebagai acara santai dan bersosial sesama kenalan Mohd Shafie dan bukannya berbentuk politik.
“Tapi itulah,” katanya.
Menurut beliau, bukan semua pemimpin Umno kelihatan menjarakkan diri daripada Mohd Shafie yang digugurkan daripada kabinet Najib pada 28 Julai lalu.
Umno Selangor, katanya, menunjukkan sikap yang baik apabila semua pemimpin atasan parti berkenaan – termasuk ketua perhubungan dan setiausaha – hadir. Malah, katanya, kebanyakan ketua bahagian di Selangor juga hadir.
Bagaimanapun, Mohd Shafie adalah tokoh dari Semporna, Sabah.
Kehadiran lebih sasaran
“Datuk (Mohd Shafie) rileks saja. Beliau berpesan kepada pegawainya supaya jangan mendesak atau memaksa sesiapa untuk datang.
“Kalau menteri yang dijemput tidak memberi respons, biarlah,” katanya.
Ditanya mengenai jemputan yang dibuat, pegawai bekas Menteri kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata seramai 800 orang disasarkan.
Namun kehadiran malam tadi ternyata lebih daripada itu apabila dianggarkan kira-kira 1,100 orang yang hadir.
Petikan Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena