Friday, 16 October 2015

Sidang Dewan Rakyat (Isnin) - Ahli Parlimen dijangka berebut kerusi... "Saya sebenarnya mahu muntah dengan politik sebegini", kata Pandikar

Sabtu, 17 Oktober 2015

Gambar perkelahian ketika sidang parlimen


Harap situasi seperti dalam gambar yang dipaparkan tidak akan berlaku di dalam Dewan Parlimen di Malaysia....

Ahli Parlimen dijangka berebut kerusi pada pembukaan sidang Dewan Rakyat - Pandikar


KUALA LUMPUR: Isu perebutan tempat duduk dijangka menghangatkan pembukaan sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ia berikutan pertukaran parti beberapa Ahli Parlimen Pas ke Parti Amanah Negara (Amanah).

"Walaupun nampak remeh, namun ia tetap menjadi tumpuan awal pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas kali ini.

"Sekarang ini, mereka akan bergaduh soal kerusi. Jadi perlu juga saya cerita tentang tempat duduk. Pertengkaran akan berkisar mengenai parti baharu selepas bercerai dari parti lama.

"Satu lagi adalah soal di mana pemberita akan diletakkan, itu juga akan menjadi panas. Saya sebenarnya mahu muntah dengan politik sebegini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu lompat parti daripada PAS ke Amanah hangat kebelakangan ini dengan pertukaran beberapa tokoh tertinggi mereka.

Ia termasuk Presiden Amanah sendiri, Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden Pas serta Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga akan ditempatkan sebaris pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) lain selepas rombakan Kabinet baru-baru ini.

Sementara itu, isu penyusunan semula ruang bekerja untuk petugas media dan sudut sidang media di bangunan Parlimen akan dibincangkan pada sesi awal Dewan Rakyat Isnin ini.
Kedah Lanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena