Sunday 11 October 2015

[Video Debat Rasuah!] MBPP nafi Guan Eng rasuah penguatkuasa.

Ahad, 11 Oktober 2015

SAKSIKAN..DEBAT Tun M & Najib Razak berkaitan RASUAH..!!
DEBATE YANG TAK KELUAR DI TV MALAYSIA...
SEBARKAN SEBANYAKNYA...
5 hrs 
 

Inilah antara NGO Melayu Pro-Najib yang mendapat suntikan Modal dari Kerajaan Wilayah Persekutuan (Kunan)..Tugas mereka menidakkan kenyataan yang BENAR dan pertahankan yang BATIL!!..Kerana DUIT manusia hilang MARUAH dan JATI DIRI..Sanggup dipermainkan dan diperbodohkan! Janji DAPUR Rumah Berasap..
9 hrs 
 

Semenjak jadi Hero demo baju merah, makin menjadi2 meroyannya.. Apa yg sebenarnya pak tongkol ni nak kat Najib... Puas jilat kat Najb camtu jer..

ANDA nilaikanlah sendiri.. mana satu PALING BIADAP !!
1 hr 
 

Anugerah...
Tujuanya baik untuk menaikan semangat kakitangan untuk bekerja dgn lebih baik.Tapi jika anugerah yang diberi tidak relevan ia boleh memakan diri.

MBPP nafi Guan Eng rasuah penguatkuasa


Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini menafikan Ketua Menteri Lim Guan Eng merasuah tiga daripada pegawai penguatkuasanya untuk menarik balik laporan polis terhadap dua lelaki yang melanggar peraturan memarkir kenderaan di George Town.

Dalam sidang medianya Ahli Majlis MBPP Ong Ah Teong berkata dakwaan itu adalah "pembohongan, fitnah jahat dan cubaan mencetuskan kebencian terhadap kerajaan negeri."
Dakwaan itu termuat pada akaun Facebook Penang Kini yang dikendalikan pihak tidak dikenali.
Dalam posnya, penulis mendakwa Lim memberikan habuan RM200 kepada tiga penguatkuasa MBPP yang terlibat mengunci tayar sebuah kereta di George Town supaya menarik balik laporan polis terhadap dua lelaki Cina yang memaki mereka.
Buat laporan polis lagi
Pos itu menarik banyak komen dengan kebanyakannya berbau perkauman terhadap pegawai MBPP serta dua lelaki yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Ong membuat laporan polis terhadap akaun berkenaan yang dikatakan "mempertikai maruah" tiga pegawai penguatkuasa Melayu berkenaan.
Semalam Lim memberikan insentif bernilai RM200 kepada tiga penguatkuasa terbabit - Zarina Othman, Siti Asa Abu Bakar dan Sabrina Mohd Sabri - kerana ketegasan mereka menjalankan tugas.
Kata Ong kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 7 Oktober lalu dan sejam kemudian, seorang daripada pegawai terbabit membuat laporan polis berhubung tindak tanduk dua lelaki berkenaan.
"Bagaimanapun pengadu menarik balik laporan berkenaan pada malamnya kerana bimbang terhadap keselamatan diri selepas diugut dua lelaki terbabit yang akan mencederakannya jika mereka terserempak lagi.
"Malah mereka memanggil penguatkuasa itu sebagai anjing," katanya.
Sehari kemudian, kata Ong, MBPP membuat sidang media mengutuk dua lelaki berkenaan dan menggesa penguatkuasa MBPP itu membuat laporan polis semula.
Penguatkuasa terbabit kemudian membuat laporan polis untuk kali kedua.
"Hanya sehari kemdian (9 Oktober) Lim menyerahkan insentif RM200 kepada tiga penguatkuasa itu kerana keberaniuan dan profesionalisme mereka menangani kes berkenaan," katanya.
Semalam polis menahan dua lelaki untuk membantu siasatan berhubung dakwaan cuba menghalang pejawat awam melaksanakan tugas.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena