Sunday 11 October 2015

Angka kematian akibat letupan berganda di Turki meningkat kepada 86.

Ahad, 11 Oktober 2015

Angka kematian akibat letupan berganda di Turki meningkat kepada 86
Letupan yang berlaku berhampiran stesen keretapi utama di Ankara merupakan lokasi rapat umum yang dianjurkan kumpulan berhaluan kiri. - Foto AFP

Angka kematian akibat letupan berganda di Turki meningkat kepada 86.
Shuhami ZabriAstro Awani 
ANKARA: Angka kematian akibat dua letupan bom di Ankara, Turki meningkat kepada 86 orang, manakala lebih 150 lagi cedera.

Pihak berkuasa Turki percaya, serangan itu yang didalangi pengganas itu menjadikan lokasi rapat umum sebagai sasaran.

"Kami percaya dua letupan itu dilakukan oleh pengebom berani mati, tetapi belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab," katanya.

Berikutan serangan itu, Perdana Menteri Ahmet Davutoglu mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama ketua-ketua keselamatannya.

Beliau kemudian mengumumkan, negara itu akan berkabung selama tiga hari.

Letupan yang berlaku berhampiran stesen keretapi utama di Ankara merupakan lokasi rapat umum yang dianjurkan kumpulan berhaluan kiri.

Perhimpunan tu bertujuan menamatkan keganasan yang berlaku antara pemberontak Kurdish dan pasukan keselamatan Turki.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena