Thursday, 10 March 2016

140 NGO nak turun? KENCING LAGI lah tu! Penganjur Bersih, Baju Merah masih belum bayar kos pembersihan.

Khamis, 10 Mac 2016

Page Liked · 4 hrs 

Sakau, jangan tak sakau!

Horey! Dpt jugak rm20 sorg



Page Liked · 5 hrs 

Jamal Yunus smkin meroyan giler skng ni...kikiki
Page Liked · 6 hrs 

Yes! Akhir nya tiba juga masanya. Upah rokok sekotak & RM20 yang dapat masa demontrasi merah tahun lepas pun belum habis digunakan, dianjur lagi demontrasi. Cayalah Dato' Jamal. Hidup melayu. #sayapastihadir

Penganjur Bersih, Baju Merah masih belum bayar kos pembersihan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata,  tindakan susulan akan diambil syarikat pembersihan jika penganjur Bersih dan Baju Merah masih berdegil tidak membayar kos perhimpunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan susulan akan diambil syarikat pembersihan jika penganjur Bersih dan Baju Merah masih berdegil tidak membayar kos perhimpunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016. 

Kedua-dua penganjur tersebut masih belum membuat pembayaran walaupun syarikat pembersihan, Alam Flora Sdn Bhd sudah menghantar invois tuntutan bayaran pada 1 September, 2015.
"Untuk makluman Yang Berhormat, penganjur himpunan Bersih dan Baju Merah masih belum membuat transaksi bayaran bagi kos pembersihan iaitu RM64,955 bagi penganjur himpunan Bersih manakala RM38, 214.70 bagi penganjur himpunan Baju Merah," kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
Rahman berkata tindakan susulan akan diambil syarikat pembersihan tersebut jika kedua-dua penganjur masih berdegil untuk tidak membayar kos tersebut.
Pada 31 Ogos tahun lepas, sekumpulan NGO dan parti pembangkang mengadakan himpunan Bersih di ibu kota bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal kewangan.
Selang 2 minggu kemudian, kumpulan penyokong Najib juga mengadakan himpunan Baju Merah sebagai tindak balas terhadap himpunan yang diadakan kumpulan lawan mereka dan mempertahankan presiden Umno tersebut.
Namun, peserta Baju Merah mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kekecohan semasa berlangsung perhimpunan di ibu kota tersebut, antaranya insiden wartawan berbangsa Cina yang diugut kumpulan berkenaan dan pergaduhan di Jalan Petaling. – 10 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/penganjur-bersih-baju-merah-masih-belum-bayar-kos-pembersihan#sthash.iGXPXIfA.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena