Wednesday, 2 March 2016

Kenapa PAS mahu satu liang lahad dengan UMNO? – Khairuddin

Rabu, 2 Mac 2016

Kenapa PAS mahu satu liang lahad dengan UMNO? – Khairuddin

 | March 2, 2016
Tindakan Hadi Awang tidak cerdik kerana mahu bekerjasama dengan UMNO di saat parti Melayu itu berada di tahap paling teruk.
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diselar kerana mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang sudah ditolak rakyat dan hampir karam.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, tindakan Hadi itu tidak cerdik kerana mahu bekerjasama dengan UMNO di saat parti Melayu itu berada di tahap paling teruk.
“Saya agak hairan sikit dengan pembacaan serta pendirian politik Presiden PAS di dalam menzahirkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.
“Dulu Hadi Awang tolak mentah-mentah sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO!! Tapi kini di saat imej UMNO berada pada tahap yang paling teruk ditolak oleh rakyat jelata, Hadi tunjuk sikap intim pula dengan UMNO.
“Saya rasa Presiden PAS tidak sedar bahawa beliau juga berkemungkinan sedang nak menurunkan keranda PAS bersama keranda UMNO ke dalam satu liang lahad,” katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam masa sama, bekas ahli UMNO itu berkata, tindakan Hadi itu menyebabkan ahli-ahli akar umbi PAS kecewa.
Katanya, PAS akan menjadi lebih kuat dan imejnya bertambah baik sekiranya parti Islam itu berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana parti politik dalam negara.
“Bagi saya Hadi telah memilih jangka waktu yang salah untuk PAS menjalinkan kerjasama dengan UMNO.
“Silap langkah keranda PAS bakal diturunkan secara bersama dengan keranda UMNO ke dalam liang lahad yang sama,” katanya lagi.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena