Thursday, 10 March 2016

Macam mana neh? Zahid puji Hadi tolak Deklarasi Rakyat & PAS pulak akan sokong usul tolak Najib.

Khamis, 10 Mac 2016
 




Zahid puji Hadi tolak Deklarasi Rakyat
 | March 10, 2016
Ia membuktikan PAS bersikap rasional dengan menolak budaya memecat pemimpin yang bercanggah dengan demokrasi.
Ahmad Zahid Hamidi
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak Deklarasi Rakyat.
“Saya menyambut baik pandangan yang penuh integriti itu, yang membuktikan PAS bersikap rasional dengan menolak budaya memecat pemimpin yang bercanggah dengan demokrasi.
“Ini sejajar dengan kenyataan saya sebelum ini, bahawa Perdana Menteri telah dipilih melalui sistem pilihanraya dan demokrasi yang sah,” katanya dalam sidang media di Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Semalam, Hadi menyifatkan Deklarasi Rakyat sebagai usaha sia-sia memandangkan matlamatnya untuk mendesak Perdana Menteri letak jawatan hanya boleh dicapai melalui pilihanraya dan undi tidak percaya.
Dalam pada itu, Zahid mendakwa Deklarasi Rakyat tidak mewakili rakyat terbanyak, tetapi hanya usaha sebilangan kecil pemimpin radikal.
“Janganlah kita perdaya dan kelirukan rakyat, kononnya Deklarasi ini mewakili majoriti masyarakat…(Walhal) hanya didokong sebilangan kecil pemimpin radikal semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih rakyat sendiri,” katanya lagi.
Memetik laporan sebuah portal, pihak yang menandatangani deklarasi itu telah bermesyuarat buat kali pertama semalam dan menimbang melakukan siri jelajah bagi menghebahkannya kepada orang ramai.
FMT

PAS akan sokong usul tolak Najib

 | March 10, 2016
PAS akan bergabung dengan satu parti politik yang masih dirahsiakan untuk membentuk blog politik ketiga bagi menghadapi PRU14.
Takiyuddin HassanKUALA LUMPUR: PAS sedia menyokong jika usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membentangkan usul itu, Ahli Parlimen PAS dan juga Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyokongnya.
“Di Parlimen tak naik (usul undi tak percaya pada Najib). Kalau naik mungkin kita akan sokong.
“Usul itu tak naik. Kita sokong kalau ada usul untuk undi tak percaya. Kita akan sokong tapi biarlah ada dulu usul itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin juga mendedahkan parti Islam itu akan membentuk blok politik ketiga dalam landskap politik negara bagi menghadapi PRU 14.
“PAS akan ada blok pembangkang dia sendiri. Saya akan umumkan pada 16 Mac depan kita akan ada satu kerjasama dengan satu badan politik negara.
“Di Malaysia, ada lebih 20 parti politik yang berdaftar, jadi ada yang milik satu kelompok dan ada parti milik satu bangsa, tapi tujuan untuk menghadapi pilihanraya. Sebab itu kita dah umumkan kita adalah blok pembangkang iaitu blok politik ketiga,” katanya lagi.
Menurut Takiyuddin, Perlembagaan PAS juga tidak menghalang parti tersebut untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai arah tuju sama dengan parti berkenaan.
Ditanya lagi oleh wartawan supaya memberikan bayangan mengenai parti yang akan bekerjasama dengan PAS, Takiyuddin enggan mengulas lanjut.
Jelas Takiyuddin, kerjasama itu mengetengahkan budaya politik matang.
“Kerjasama itu adalah langkah terbaharu Pas dalam mengorak langkah selepas tidak menyertai Pakatan Harapan yang kini disertai Parti Amanah Negara (AMANAH) bersama PKR dan DAP,” katanya.
Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO.
 FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena