Sunday, 13 March 2016

Sebelum dilucut, Tun M lebih awal letak jawatan & Kit Siang perkudakan Tun M pecah belahkan UMNO..Yeahh!

Ahad, 13 Mac 2016

Sebelum dilucut, Tun M lebih awal letak jawatan – Ku Li

 | March 13, 2016

Tengku Razaleigh mendedahkan Dr Mahathir telah menghantar surat letak jawatan sebagai Penasihat Petronas sebelum Kabinet melucutkan jawatannya.

kuli,mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas lebih awal sebelum Kabinet menamatkan perkhidmatan beliau, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
“Saya diberitahu bahawa, sebelum Kabinet meluluskan pelucutan jawatan itu, Dr Mahathir lebih awal menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Penasihat Petronas,” katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang berkata, isu penamatan khidmat Dr Mahathir bukan perkara baharu kerana bekas Perdana Menteri itu pernah menghantar surat meletak jawatan tetapi ditolak kerana kerajaan pada waktu itu masih memerlukan khidmatnya.
Ku Li, antara pengasas Petronas berkata, tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatam Dr Mahathir bukan isu kerana tiada peruntukan menyatakan Penasihat Petronas boleh dilantik dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan.
Berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, ahli Majlis Penasihat Petroleum perlu dilantik dalam kalangan pegawai kanan kerajaan,pakar-pakar minyak, wakil negeri pengeluar minyak dan penasihat kerajaan mengenai minyak dan lombong,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Ku Li juga menolak sekiranya kerajaan menawarkan jawatan Penasihat Petronas kerana lebih selesa dengan keadaan sekarang.
FMT.

Kit Siang perkudakan Tun M pecah belahkan UMNO

 | March 13, 2016
Jika Dr Mahathir tidak lagi mempunyai persefahaman dengan Datuk Seri Najib Razak, mereka seharusnya duduk berbincang.
ku-nan-kit-siang-umno-crack
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diperkudakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memecah-belahkan ahli-ahli UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa demikian mengulas tindakan Dr Mahathir duduk bersama Kit Siang pada majlis Deklarasi Rakyat baru-baru ini turut mengambarkan ia sebagai perbuatan gila.
Puak-puak pembangkang, khususnya DAP sudahpun memecah belahkan UMNO. Kit Siang duduk bersama Mahathir, ingat dia suka Mahathir?
“Dia perkudakan Mahathir, untuk capai matlamat dia, itu yang kita marah dan itu yang UMNO marah, yang duduk bersama pembangkang tu kenapa?,” ujarnya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, di sini, hari ini.
Jelas Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi, jika Dr Mahathir tidak lagi mempunyai persefahaman dengan Datuk Seri Najib Razak, mereka seharusnya duduk berbincang.
“Kalau sudah tiada persefahaman, duduk bincang, tetapi tindakan sebegini yang merosakkan parti kita,” ujar beliau lagi.
“Waktu beliau (Dr Mahathir) jadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri, orang mesti sokongnya (Dr Mahathir). Mereka didik seperti itu.
“Kita pun dengar cakap dia (Dr Mahathir). Sekarang dia berpaling tadah, duduk bersama pembangkang, ini kerja gila,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, Ketua UMNO Wanita Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu telah melancarkan deklarasi menyokong kepimpinan Najib sekaligus mempersetujui tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena