Wednesday, 9 March 2016

Tuntutan saman Najib - Lidah rasmi PAS 'buang' peguam berkait Amanah.

Rabu, 9 Mac 2016

Lidah rasmi PAS buang peguam berkait Amanah dalam tuntutan saman Najib

Peguam Faiz Fadzil yang juga ketua Pemuda Amanah dimaklumkan tidak akan mewakili Pengarah Urusan Harakahdaily Rosli Yaakob dalam kes saman fitnah Datuk Seri Najib Razak terhadap lidah rasmi PAS itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac 2016.
Peguam Faiz Fadzil yang juga ketua Pemuda Amanah dimaklumkan tidak akan mewakili Pengarah Urusan Harakahdaily Rosli Yaakob dalam kes saman fitnah Datuk Seri Najib Razak terhadap lidah rasmi PAS itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac 2016.

Peguam Faiz Fadzil, yang mewakili Pengarah Urusan Harakahdaily Rosli Yaakob, memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Kheng ketika pengurusan kes berkenaan, hari ini.
“Anak guam saya memberitahu saya mengenainya semalam,” kata Faiz yang kini mengetuai sayap Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah).
Katanya, beliau sebenarnya sudah bersedia untuk perbicaraan yang dijadualkan minggu depan.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin, kini sebahagian daripada Amanah, mewakili Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya.
Peguam PAS Wan Rohimi Wan Daud dan setiausaha agung parti Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir di mahkamah hari ini akan mewakili kedua-dua defendan itu.
Faiz berkata, mahkamah juga menangguhkan tarikh perbicaraan yang pada asalnya ditetapkan 16 Mac hingga 31 Mac, untuk mendengar permohonan Najib meminda penyata tuntutannya.
Bulan lalu, Mahkamah rayuan menolak permohonan Najib untuk membatalkan pembelaan perlindungan bersyarat dan komen adil Harakahdaily dengan alasan ia tidak mampan. 
Panel 3 hakim dipengerusikan Datuk Mohd Zawawi berkata isu sama ada kedua-dua pembelaan boleh digunakan Harakahdaily perlu didengar dan ditentukan selepas perbicaraan penuh.
Panel hakim turut menasihatkan peguam Najib, Datuk Mohamad Hafarizam Harun melihat kemungkinan menyelesaikan kes itu tanpa perlu menjalani perbicaraan.
Faiz terdahulu berkata, defendan membariskan 8 saksi, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pengarah kumpulan New Straits Times Press Datuk A Kadir Jasin.
Najib menyaman Harakahdaily kerana menyiarkan artikel memetik laporan New York Times mengenai anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Jho Low.
Beliau memfailkan saman terhadap Taufek dan Rosli berhubung artikel oleh Rosli pada 19 Februari tahun lalu bertajuk: "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz? (Bhg 2)".

Dalam penyata tuntutannya, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan yang menggambarkan beliau menyalahgunakan dana 1MDB.
Katanya, penerbitan artikel itu memusnahkan reputasinya dan menyebabkan beliau dikutuk di media sosial dan media massa.
Beliau berkata Taufek juga gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab kerana tidak mengesahkan ketulenan artikel itu sebelum menyiarkannya. – 9 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/lidah-rasmi-pas-buang-peguam-berkait-amanah-dalam-tuntutan-saman-najib#sthash.vKsMHrGt.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena