Sunday, 13 March 2016

[Video] Adenan Nasihat PM Najib, Cari BINI BARU...LAST WARNING! Penyokong Rosmah beri amaran?

Ahad, 13 Mac 2016


Penyokong Rosmah beri amaran pada Adenan Satem
LAST WARNING UNTUK ADENAN SATEM, JANGAN GURAU MACAM INI LAGI!!

Ini benar-benar tidak patut, tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Malah sama sekali "tidak beretika" bila Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem membuat gurauan meminta Najib Razak mencari seorang isteri baru daripada satu etnik di negeri itu. 

Walaupun hanya bergurau, ia jelas umpama penghinaan kepada Rosmah Mansor yang selama ini merupakan pendamping setia kepada Najib. 

Apa ada kurangnya dengan Rosmah? 

Apakah Rosmah tidak menjaga Najib dengan baik selama ini? Bukankah Rosmah sudah menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia - dulu, kini dan selamanya? 

Apakah Adenan Satem tidak mengetahui bahawa Kelab Sahabat Najib sudah memberi penghargaan kepada Rosmah baru-baru ini kerana menjaga Perdana Menteri dengan baik serta menjadikannya seorang pemimpin yang hebat? 

Tidakkah penghargaan itu menunjukkan jika tanpa Rosmah, tidak mungkin Najib menjadi hebat sebagaimana yang rakyat Malaysia sama-sama lihat sekarang? 

Ada faham ke Adenan? 

Wahai Adenan, cakap terus-terang, mau jadi Ketua Menteri lagi atau tidak? 

Ini last warning...pergi cepat-cepat minta maaf dengan Rosmah dan jangan gurau-gurau macam itu lagi!! 

Kami rakyat Malaysia yang sayang Rosmah benar-benar marah dengan gurauan tersebut. Kami sayang Rosmah, kami love Rosmah tau!! 

P/s...agak-agak berapa guni dedak boleh dapat kalau bodek macam di atas ini....hehehe (SH 13/032016). 

http://shahbudindotcom-

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena