WOWW !!!..
RM7,000,000,000 (7 bilion) utk yuran perunding sajer ??!!
Poket siapa plok yg kembong nanti !!
JANJI, bersyukur dapat BR1M RM2.20 SEHARI PON TAK PER wpon kene bayar GST lebih drpd RM2.20 sehari...
RM7,000,000,000 (7 bilion) utk yuran perunding sajer ??!!
Poket siapa plok yg kembong nanti !!
JANJI, bersyukur dapat BR1M RM2.20 SEHARI PON TAK PER wpon kene bayar GST lebih drpd RM2.20 sehari...
'Kos RM21b MRT1 tersasar, tak masuk yuran perunding'
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini berkeras mengatakan jumlah kos keseluruhan untuk laluan sejauh 51km Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu (MRT1) sebanyak RM21 bilion sebagai tidak tepat.
Pada sidang media hari ini, Rafizi berkata, ini kerana jumlah tersebut tidak meliputi yuran perundingan MRT Corp yang dibayar kepada KV MRT Sdn Bhd - konsortium bersama antara MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd sebanyak RM7 bilion.
"Sebab itu saya sangat mengecam cubaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengelirukan rakyat mengenai jumlah kos projek MRT sejauh 150km.
"Bukan sahaja (hakikat) keseluruhan kos projek akan melebihi RM100 bilion disembunyikan daripada orang ramai, pengumuman beliau (Najib) 'Kos projek MRT fasa satu hanya RM21 bilion, dengan penjimatan RM2 bilion' adalah tidak tepat kerana belum mengambil kira bayaran perundingan," kata Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan.
Secara khusus, Rafizi merujuk kepada laporan New Straits Times pada Julai 2014 yang memetik bekas ketua pegawai eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai mengesahkan jumlah keseluruhan RM28 bilion termasuk yuran perundingan dibayar kepada MRT KV dan kos-kos lain yang berkaitan.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment