Thursday 22 December 2016

[Video] NAJIB TERUS KAYA! ~ "Rafizi 'DEDAHKAN' Gaji & Beratus Orang Pekerja Najib & Rosmah"...169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai

Jumaat, 23 Disember 2016

Foto Otai BERSIH.
"KERAJAAN URUS KEWANGAN CARA BERHEMAH" -PM Najib Razak (10/10/2016).

Sbb cara berhemah dia la tu..
- Dlm akaun peribadi Najib masuk 'derma' RM2.6 bilion
- Dlm akaun peribadi Rosmah masuk RM2 juta tunai.
- Rakyat dikenakan bayar GST 6%.
- Hutang negara terus makin naik.
- Pekerja asing dah hampiri suku drpd jumlah penduduk M'sia.
- Pemakan dedak & 'anjing kurap' Baju Merah makin menggila sekarang ini..

169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain

Rafizi bersama Abdullah Sani pada sidang media petang tadi.
Rafizi bersama Abdullah Sani pada sidang media petang tadi.
Perdana Menteri perlu mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan yang berkhidmat secara khusus dengan dirinya yang berjumlah 169 orang bersesuaian dengan langkah jimat cermat yang diumumkan beliau.
Malah jumlah kakitangan seramai 169 orang itu secara relatifnya amat besar berbanding jumlah keseluruhan kakitangan White House yang berkhidmat untuk Presiden Amerika Syarikat seramai 475 orang.
"Daripada 169 kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk Datuk Seri Najib Razak, tiga orang ialah tukang masak, seorang ketua pelayan, empat pegawai perkhidmatan pelanggan dan hampir 20 orang pembantu am yang bertugas di kediaman rasmi beliau dan isteri," dedah Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Menurut Rafizi, dalam keadaan kerajaan telah memotong pelbagai peruntukan, Jabatan Perdana Menteri sering menjadi tumpuan kerana peruntukan di bawah pentadbiran Najib kekal tinggi berbanding kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Malah tambah Naib Presiden PKR itu, banyak tumpuan diberikan kepada peruntukan projek yang dimasukkan di bawah senarai Perdana Menteri.
"Apa yang tidak mendapat perhatian rakyat sebelum ini ialah belanja penggajian setiap tahun untuk kesemua kakitangan peribadi di pejabat Perdana Menteri yang bertanggungjawab terus kepada hal ehwal Perdana Menteri, bukannya jabatan-jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri," ujarnya.
Dalam sidang media di pejabat Invoke Space, Sungai Besi, petang tadi, Rafizi turut menyenaraikan kakitangan yang bertugas khusus untuk pejabat Perdana Menteri dan kediaman Perdana Menteri.
Hadir sama pada sidang media itu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
"Pada jumlah 169 orang, ini bermakna Datuk Seri Najib menggunakan satu pertiga jumlah kakitangan White House yang berkhidmat khusus kepada beliau sedangkan skop dan kerumitan pentadbiran Amerika Syarikat adalah beratus kali ganda lebih rumit dari Perdana Menteri Malaysia," tegasnya.
"Sebab itu saya menyeru Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah menunjukkan teladan yang baik dengan menyusun kembali organisasi pejabat dan kediaman mereka yang dibayar dengan wang rakyat, agar tenaga kakitangan sedia ada disalurkan kepada jabatan-jabatan lain yang lebih berurusan dengan rakyat.
Rafizi turut menyeru Najib mengumumkan sendiri bentuk penimatan kos yang dibuat oleh beliau di pejabat dan kediaman rasmi beliau supaya ia mampu mengarahkan ketua-ketua jabatan lain mengurangkan belanja.

1 comments:

Johan said...

Yang muda belia pun dah jutawan rumah dah mcm mahligai Disneyland, Najib dah memang anak orang kaya jgn pula org Kemamang tak tahu. Kaki fitnah no. 1 Malaysia.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena