Thursday, 22 December 2016

[Video] MDSB roboh resort Jamal, ADUN kata tiada dendam..."Minta dia roboh sendiri tapi dia ingkar".

Jumaat, 23 Disember 2016


Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Bukan setakat Disita malah Roboh..Kahkah
Kerja2 meroboh permis perniagaan #DatoJamalYunos oleh Majlis Daerah Sabak Bernam sedang dilakukan...
Foto Otai BERSIH.
Awas! Penyakit Jamal Giler dah berjangkit! Jauhilah diri anda dari terkena penyakit ini! Jika tidak! Anda akan jadi penyokong Umno buat selama-lamanya!!!

MDSB roboh resort Jamal, ADUN kata tiada dendam





Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) hari ini merobohkan sebuah resort yang dimiliki oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos di Sekinchan, Selangor selepas menghantar notis perintah tutup, pagi tadi.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa.
Notis juga menyebut pemeriksaan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.
Jamal dalam catatan di Facebook mendakwa arahan perobohan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
“Kerja-kerja meroboh permis perniagaan saya oleh majlis dearah Sabak Bernam sedang dilakukan atas arahan MB.
“Pagi tampal notis petang ini roboh. Ini adalah tindakan balas dendam oleh kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.
“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air yang tidak ada,” katanya.
Jamal semalam tampil dengan hanya bertuala ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.
Beliau turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.
Bagaimanapun ADUN Sekinchan,Ng Suee Lim ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengesahkan laporan itu berkata perobohan berkenaan tidak ada kena mengena dengan bantahan yang dibuat oleh Jamal.
“Tiada dendam... ini (hanya) kebetulan,” katanya.
Menurut pemimpin akar umbi DAP itu, MDSB telah menghantar notis kepada Jamal mengenai sepanjang tempoh lima tahun lalu berhubung hotelnya yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tanah dan pembangunan.
“Benda ini majlis (MDSB) dah banyak kali keluar notis, saman kompaun semua sudah, minta dia roboh sendiri tapi dia ingkar.
“Jadi majlis dan pejabat tanah ambil tindakan la. (Ini kerana kita) tak nak majlis dilihat tidak tegas dalam meneggakkan undang-undang,” kata Ng.
Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja menjalankan perniagaan di Sekinchan, tetapi mereka mesti mengikut undang-undang.
Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Awaluddin Zakaria berhubung kerja-kerja perobohan itu dan sedang menunggu jawapannya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena