Saturday, 7 January 2017

ANTARA SAIFUDDIN Dengan NASHARUDDIN, Siapa Makan Dedak? & RM2.6 billion dalam akaun Najib terbongkar di Mahkamah Singapura? "Mana mau lari haaa..."

Ahad, 8 Januari 2017
RM2.6 billion dalam akaun Najib terbongkar di Mahkamah Singapura

SUMBER sebenar wang RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Nazak akan terbongkar secara rasmi tidak lama lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Singapura.

Ini kerana, pegawai bank yang didakwa terlibat mempermudahkan transaksi haram wang daripada 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib kini sedang didakwa di Mahkamah Singapura.
Jens Fred Sturzenegger, 42 pegawai Falcon Private Bank Singapura dituduh dengan 16 tuduhan — 6 tuduhan 'membersihkan wang haram' dan 10 tuduhan memberikan maklumat palsu dalam siasatan pemindahan wang secara haram milik 1MDB.

Kertas-kertas pertuduhan dalam Mahkamah Singapura terhadap pegawai bank yang berasal dari Switzerland itu turut telah tersebar di laman sosial.

Dalam salah satu daripada 16 kertas pertuduhan yang dikenakan ke atas Sturzenegger, dia dituduh gagal atau ingkar untuk melaporkan transaksi wang berjumlah USD1.265 billion (RM5.66 billion) yang jelas sekali mencurigakan.

Mengikut kertas pertuduhan, wang itu telah dimasukkan ke dalam dua buah akaun Falcon Private Bank Singapore dengan nombor akaun 8550298001 dan 8550299001 pada tarikh 21 dan 25 Mac 2013.
Hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja, wang itu kemudiannya didakwa telah dipindahkan sebanyak USD681 juta (RM2.6 billion) ke dalam akaun Ambank peribadi milik Najib Nazak.

Satu demi satu bukti bakal terdedah, hanya masa yang akan menentukan.

Jika Najib masih mahu menggunakan hujah lapuk mengatakan semua ini fitnah terancang untuk menggulingkan pentadbirannya, maka beliau harus memasukkan mahkamah Singapura sebagai satu lagi pihak yang berkomplot mahu menggulingkannya.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/rm26-billion-dalam-akaun-najib.html#ixzz4V8d77Can
ANTARA SAIFUDDIN DENGAN NASHARUDDIN, Siapa Makan Dedak?

PKR dan DAP adalah dua daripada tiga parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Satu lagi parti yang turut menjadi anggota Pakatan Harapan ialah Amanah.

Apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP, lidah rasmi Pas iaitu Harakahdaily menyifatkannya sebagai "dedak" untuk mengikat PKR.

Itulah dedak yang ditabur supaya individu atau pihak yang dilantik akan terikat, kata tulisan itu lagi.
Di mana logiknya lantikan itu adalah dedak yang bertujuan mengikat sedangkan PKR dan DAP sudah saling bersama, bekerjasama dan mempunyai ikatan rasmi dalam Pakatan Harapan?

Lebih dari itu, dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri, wakil PKR sudah pun diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri dan beberapa Exco sejak 2008 lagi.

Yang demikian, apa peliknya jika seorang lagi wakil PKR diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri?

Bandingkan pula dengan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas dan masih merupakan ahli Pas yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global  sejak 2015 lagi.

Yayasan tersebut ditubuhkan oleh Najib Razak atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri daripada UMNO dan BN yang bertujuan untuk memupuk semangat kesederhaan.

Sebelum itu, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global disandang oleh Saiffudin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi setelah tewas dalam pilihanraya 2013.

Saifuddin  Abdullah melepaskan jawatan apabila membuat keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Maknanya, Saifuddin sedar prasyarat memegang jawatan itu ialah sama ada ahli UMNO atau mesti menyokong Najib.
Berbeza dengan perlantikan Saifuddin oleh Lim Guan Eng dalam kerajaan negeri Pulau Pinang di mana PKR dan DAP saling mempunyai ikatan rasmi, sebaliknya perlantikan Nasharuddin oleh Najib dalam keadaan Pas dan UMNO tidak mempunyai sebarang ikatan persefahaman langsung.

Jadi, siapa sebenarnya sedang ditabur dedak bertujuan untuk mengikat? SH 06/01/2017).
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena