Sunday, 8 January 2017

Ikan kembung NAIK RM20 sekilo? Kamu pulak sedap-sedap NAIK jet VVIP! Fikirkanlah juga kesusahan rakyat...'Selepas ikan, sayur pula naik harga.

Ahad, 8 Januari 2017
Foto Otai BERSIH.
Di pasar pagi huhu...

Selepas ikan, sayur pula naik harga

Pengguna dibebankan pula dengan kenaikan harga sayur-sayuran
Pengguna dibebankan pula dengan kenaikan harga sayur-sayuran
Belum selesai lagi dengan isu kenaikan harga ikan, kini pengguna dibebankan pula dengan kenaikan harga sayur-sayuran.
Tinjauan di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini mendapati harga kacang bendi meningkat kepada RM9 hingga RM10 sekilogram berbanding RM6 hingga RM7 sekilogram sebelum ini.
Turut berlaku peningkatan ialah harga tomato daripada RM4 kepada RM5 sekilogram, manakala kubis bulat dan lobak merah mencecah RM6 sekilogram berbanding RM3 sekilogram.
Peniaga sayur, Sazali Ismail, 37, berkata kekurangan bekalan di pasaran adalah ekoran musim tengkujuh di negeri Pantai Timur yang turut menjadi punca kenaikan harga sayur ketika ini.
"Bukan semua sayur ada peningkatan harga, macam cili melaka masih kekal RM12 sekilogram, manakala sayur sawi masih murah iaitu RM2.50 hingga RM3 sekilogram.
"Kami hanya menaikkan sedikit harga apabila kami terpaksa membeli sayur lebih tinggi daripada pembekal agar memperoleh sedikit keuntungan," katanya ketika ditemui.
Rohaini Abdullah, 55, pula berkata kejatuhan nilai mata wang ringgit turut menjadi punca kenaikan harga sayur-sayuran.
"Apabila barang kurang, ia terpaksa dibawa masuk dari Thailand, namun pemborong perlu bayar lebih akibat kejatuhan nilai ringgit Malaysia ketika ini.
"Keadaan ini menyebabkan pembekal terpaksa menaikkan harga borong kepada peruncit dan peruncit pula menaikkan harga bagi mendapat sedikit keuntungan," katanya.
Sementara itu suri rumah, Halimah Ahmad, 42, berkata kenaikan harga sayur-sayuran menambahkan lagi beban pengguna selepas kenaikan harga ikan dan santan di pasaran.
"Bawa RM50 datang pasar dapat beli beberapa jenis ikan dan sayur sahaja berbanding 10 tahun lalu, saya harap kerajaan dapat memantau atau membantu mengatasi masalah ini agar tidak terus membebankan rakyat," katanya.

'Tak salah PM bercuti dengan keluarga tapi fikir juga kesusahan rakyat'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memang berhak bercuti dengan keluarga namun perlu melakukannya pada masa yang sesuai.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, ketika Najib dan keluarganya menikmati percutian di luar negar apada hujung tahun, rakyat sedang bergelut dengan banjir, perbelanjaan persekolahan, bayaran cukai pendapatan dan lain-lain.
"Buatlah dengan menggunakan duit sendiri dan masa tersendiri dengan sensitif kepada realiti kesusahan yang sedang dihadapi rakyat hari ini.
"Adakah Perdana Menteri sedar masa yang sukar kepada negara ini ekoran kos menjalani kehidupan yang semakin meningkat kerana beliau sendiri luluskan kenaikan harga petrol baru-baru ini," kata Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor yang mempertahankan tindakan Najib bercuti di Australia baru-baru ini selepas mendapat reaksi negatif pelbagai pihak.
"Saya memandang dari sisi yang berbeza. Ayah dan anak beriadah dengan mengayuh basikal dan seperti mana orang lain, mereka mahu lakukan aktiviti bersama.
"Tidak seperti orang lain, ayah mempunyai banyak masa diluangkan bersama keluarga. Si ayah bekerja 7 hari seminggu, keluar rumah pagi hari dan pulang lewat malam.
"Dalam setahun mungkin 10 hari sahaja si ayah benar-benar dimiliki oleh keluarga. 355 hari lagi mereka terpaksa berkongsi ayahnya dengan rakyat," kata Rizal dalam catatan di Facebooknya.
Raja Bahrin berkata, Najib seharusnya lebih peka terhadap kesusahan rakyat dan lebih bertanggungjawab sebagai seorang perdana menteri.
"Rakyat sedang berhadapan dengan kesusahan jadi sebagai perdana menteri Najib perlu lebih sensitif dan besederhana," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena