Perkasa Mahkamah Syariah melalui parlimen, bukan padang ceramah
Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju dengan usaha memperkasakan Mahkamah Syariah namun mereka berpendapat saluran parlimen perlu digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan usaha itu.
Sehubungan itu, parti itu telah dan akan memberikan pandangan dan cadangan pindaan yang konstruktif berkaitan usul persendirian RUU355 yang ingin dibawa ahli Parlimen Marang, kata timbalan presidennya, Salahudin Ayub ketika Pas membuat keputusan untuk membuat perhimpunan raksaksa di ibu negara mengenainya.
Kata Salahudin, satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada sesi belanjawan tahun lepas.
Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata, katanya.
Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata, katanya.
"Pendirian serta cadangan Amanah berhubung usul RUU355 akan diberikan di Parlimen apabila usul ini diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi parlimen akan datang.
"Amanah berpandangan Parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan," kata Salahudin dalam kenyataannya hari ini.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengumumkan akan membuat himpunan raksaksa bagi menyokong usul RUU355 itu.
Ia dibuat selepas kedua kalinya beliau memohon perbahasan usul itu ditangguhkan selepas membentangkan pindaannya di Dewan Rakyat.
Baru-baru, timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan partinya akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran bagi menerangkan isu itu.
Ia akan diadakan pada 18 Feb depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.
Tuan Ibrahim berkata platform itu akan diguna untuk memperjelaskan kewajaran usul Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawakan Abdul Hadi berkaitan pindaan akta itu dan mengapa ia mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya anggota Parlimen.
Beliau mensasarkan 300,000 akan menyertai perhimpunan itu.
Sebelum ini, himpunan didakan peringkat negeri Pahang namun tanpa kehadiran Ketua Dewan Ulama Pahang, Mokhtar Senik yang sedang dilanda kontroversi.
0 comments:
Post a Comment