Bila kebebalan terus menebal di dalam kepala hotak Ameno..
Pelbagai alasan & jawapan terus dicipta utk memutarbelitkan fakta demi perbodohkan rakyat semata-mata.
ISU:
Zahid dakwa nama pada IC biru Tun M adalah 'Mahathir A/L Iskandar Kutty'. Bukannya nama semasa daftar di universiti atau yg lain.
FAKTA:
Nama yg tertera pada IC biru Tun M adalah 'MAHATHIR BIN MOHAMAD'. Manakala nama yg tertera pada sijil kelahiran Tun M juga 'MAHATHIR BIN MOHAMAD'.
KEBEBALAN UMNO:
Iskandar Kutty itu bukannya bapa Tun Mahathir. TETAPI datuk kpd Tun Mahathir. Kecuali Zahid kata.. Mahathir A/L Mohamad..
HAR HAR HAR.. ZAHID & NUR ZALAN SAMA-SAMA BODOH.
Pelbagai alasan & jawapan terus dicipta utk memutarbelitkan fakta demi perbodohkan rakyat semata-mata.
ISU:
Zahid dakwa nama pada IC biru Tun M adalah 'Mahathir A/L Iskandar Kutty'. Bukannya nama semasa daftar di universiti atau yg lain.
FAKTA:
Nama yg tertera pada IC biru Tun M adalah 'MAHATHIR BIN MOHAMAD'. Manakala nama yg tertera pada sijil kelahiran Tun M juga 'MAHATHIR BIN MOHAMAD'.
KEBEBALAN UMNO:
Iskandar Kutty itu bukannya bapa Tun Mahathir. TETAPI datuk kpd Tun Mahathir. Kecuali Zahid kata.. Mahathir A/L Mohamad..
HAR HAR HAR.. ZAHID & NUR ZALAN SAMA-SAMA BODOH.
Pas berjangkit 'penyakit' Umno, kata Khalid
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad menyifatkan Pas bersikap seperti Umno yang berbangga dengan jumlah kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Menurutnya, Pas menganggap mendapat sokongan rakyat teramai padahal prestasi parti berkenaan pada 2013 dibantu pimpinan lama Pas yang pada masa ini bersama AMANAH.
"Sedikit sebanyak 'penyakit' yang dihinggapi Umno-BN telah menjangkiti Pas. Mungkin ini disebabkan mereka kerap bertemu dan kadang-kadang berkongsi bantal yang sama.
"Bukankah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusof Rawa, Datuk Husam Musa dan lain-lain telah turun berkempen di seluruh negara untuk calon-calon Pas?
"Bukankah Dr Hatta pengarah pilihan raya Pas pada ketika itu?" soalnya yang menyifatkan Pas sepertimana Umno-BN lupa peranan pimpinan lama dalam memenangkan calon-calon parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu turut mengingatkan Najib Razak tidak harus berbangga dengan 88 kerusi Parlimen yang telah dimenangi Umno-BN.
Tanpa sumbangan 'pesara politik' yang dicemuh Presiden Umno itu, jelasnya, pencapaian Umno-BN jauh lebih buruk.
"Sebahagian darinya, kalau tidak kesemuanya, dimenangi dengan bantuan 'pesara politik' seperti mana digelarnya, yang sekarang ini bersama PH (Pakatan Harapan).
"Tanpa mereka (Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Mahyuddin) sudah pasti prestasi Umno-BN akan semakin terjejas," tegasnya dipetik dari akhbar keluaran terbaharu AMANAH Edisi 61, 30 Julai - 5 Ogos.
Beliau berpendapat Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz telah berperanan membantu Umno-BN untuk merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat pada 2013.
"Atau Najib menganggap Kedah dirampas kembali semata-mata atas kekuatan dirinya sendiri tanpa bantuan Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz?
"Dan tidakkah begitu juga di Johor? Tidakkah Tan Sri Mahyuddin berperanan membantu Umno-BN supaya terus berkuasa di negeri Johor?" soalnya.
Paling kurang 80 kerusi
Mengulas lanjut, Khalid berkata, keadaan DAP sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak tidak semestinya kekal jika Pakatan Harapan mampu membentuk kerajaan di Putrajaya selepas PRU-14 dengan paling kurang memperoleh 112 kerusi Parlimen.
"Sekiranya DAP kekal dengan 38 kerusi atau bertambah menjadi 42 kerusi sekalipun, jumlah kerusi AMANAH, Keadilan dan PPBM mesti melebihi 80 kerusi.
"Ini bermakna kerusi yang dimenangi tiga parti ini mesti bertambah dari 37 yang ada sekarang ke paling kurang 80 kerusi. Dan ini bukan sesuatu yang mustahil memandangkan sokongan terhadap tiga parti ini sedang bertambah hari demi hari," ujarnya lagi.
0 comments:
Post a Comment