Saturday, 5 August 2017

[Video Tun Razak Berhutang Buka FELDA Melayu Tapi Najib Berhutang Demi Pink Diamond Rosmah!.Anwar Ibrahim] Pelancaran Gimik TN14 (Tumbang Najib PRU-14) & Pakatan Harapan tidak dibina atas rasa sangsi.

Sabtu, 5 Ogos 2017

Pakatan Harapan tidak dibina atas rasa sangsi

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub menegaskan Pakatan Harapan wujud atas sifat percaya dan saling mengukuhkan.
Konvensyen Pemuda Amanah Salahuddin Ayub"Pakatan Harapan tidak dibina atas rasa sangsi. Hari ini kita kumpul potensi dan kekuatan," katanya ketika merasmikan Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional di Batu Pahat hari ini.
Menurutnya, keempat-empat parti di bawah Pakatan Harapan mempunyai tujuan sama iaitu menentang rejim parti pemerintah.
"Kalau Tun Mahathir belot macam mana? Kita lawanlah besok.
"Kita berada pada satu garis yang sama menentang Umno-BN.
"Kita bukan seperti satu parti yang semakin hampir bercumbu dengan Umno-BN," ujarnya.
Salahuddin turut sempat menjelaskan kekuatan AMANAH sebagai menjawab tanggapan pihak tertentu kononnya AMANAH parti kecil.
"Kami ada pemimpin dan ahli-ahli setia. Kami setia pada Pakatan Harapan.
"Kami depan cakap 'A', belakang pun cakap 'A'," tegasnya merujuk pada sikap AMANAH yang tetap pada pendirian.
Sementara itu, konvensyen hari ini turut menyaksikan pelancaran gimik Tumbang Najib PRU-14 (TN14).
Turut hadir wakil NGO iaitu ABIM, Ikram dan Bersih.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena