Monday, 11 December 2017

[Video Tun M berduet with Dato Siti Nurhaliza & Sokong lagi! Orang Umno pun sengsara juga] Apa sudah jadi dengan Umno sekarang? TIDAK LAGI MENGHARGAI PEMIMPIN2 LAMA?

Selasa, 12 Disember 2017


Image result for Gambar pemimpin Umno
Umno kini retak. Gambar Azmieyusoff blog

UMNO TIDAK LAGI MENGHARGAI PEMIMPIN2 LAMA?

Kebiasaannya, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, antara yang wajib mendapat jemputan untuk menghadiri majlis perasmian dan penyampaian ucapan dasar oleh Presiden UMNO ialah bekas menteri serta bekas pemimpin kanan parti itu.

Ia adalah sebagai satu cara menghargai sumbangan dan peranan mereka sebagai bekas pemimpin yang pernah berjasa kepada parti dan kerajaan sebelum ini.

Selalunya, jemputan akan diterima melalui kiriman pos berdaftar dan disusuli dengan panggilan telefon untuk diminta pengesahan sama ada dapat hadir atau sebaliknya.

Itulah yang berlaku selama bertahun-tahun sebelum ini dan bekas menteri serta bekas pemimpin UMNO terbabit secara automatik berasa diri mereka dihargai dan dengan bangga juga hadir berpakaian baju Melayu baru lengkap dengan sampingnya sekali.
Tetapi, kebiasaan itu sepertinya tidak berlaku lagi pada tahun ini. 

Seorang bekas menteri yang pernah memegang jawatan kanan dalam UMNO berkata, beliau hanya mendapat kad jemputan menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO kali ini pada hari Rabu, iaitu sehari sebelum majlis berlangsung.

Itu pun, kata beliau, kad jemputan cuma dihantar menggunakan pos biasa dan tiada langsung panggilan telefon diterimanya untuk diminta pengesahan sama ada dapat hadir atau tidak.

Dengan demikian, bekas menteri terbabit memutuskan untuk tidak menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO kali ini, meskipun bertahun-tahun sebelum ini beliau tidak pernah ketinggalan menghadirinya.\
Selanjutnya, beliau juga mengesahkan dua lagi rakan bekas menterinya yang pernah sama-sama memegang jawatan kanan dalam UMNO, langsung tidak menerima kad jemputan pada tahun ini.

Kalau bekas pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad atau Sanusi Junid tidak dijemput, kita tentu saja boleh memahaminya, tetapi kami ini masih lagi bersama dengan UMNO, ujar bekas menteri terbabit sedikit kesal dengan pentadbiran UMNO sekarang yang dianggapnya bersikap sambil lewa dan tidak menjalankan kerja dengan betul. 

Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang?

Apakah Perhimpunan Agung UMNO tidak lagi menghargai pemimpin-pemimpin lama yang pernah berjasa sebelum ini, sebaliknya lebih ghairah memberi layanan istimewa kepada individu-individu baru seperti CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dilihat turut hadir dengan pengawal peribadi dibenarkan tegak berdiri di sisinya? (ShahbudinHusin 09/12/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena