Monday, 11 December 2017

[Video Tun Dr. Mahathir. The iron man. Malaysia & Tun M Pulang Pingat Kebesaran. Dipuji Netzen] Keh, Keh, Kehhh, TV3/4! Ini idea tiga suku ke?

Isnin 11 Disember 2017

KEH, KEH, KEH....INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA?


Konglomerat media yang berada di bawah naungan Perdana Menteri, Media Prima Berhad dilapor menawarkan cuti rehat sementara tanpa gaji kepada kakitangannya bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.

Tawaran ini adalah langkah susulan selepas skim pemisahan sukarela atau VSS diperkenalkan sebelum ini kepada kakitangannya yang berumur 50 tahun ke atas bagi mengurangkan kos operasi.

Dalam tawaran bagi tujuan mengurangkan tekanan kewangan syarikat itu, kakitangan diberikan dua pilihan sukarela - cuti antara enam bulan hingga setahun tanpa gaji atau bekerja setengah bulan dengan separuh gaji.

Antara saluran televisyen yang berada di bawah Media Prima ialah TV3, manakala akhbar pula adalah New Straits Times dan Berita Harian.
TV3 khususnya adalah saluran televisyen yang terkenal dengan laporan berat sebelah, separuh masak dan bersifat adu-domba, terutama yang melibatkan Tun Mahathir Mohamad, Bersatu dan Pakatan Harapan.

Lantaran itu, TV3 sejak kebelakangan ini lebih kerap disebut sebagai TV3/4, khususnya oleh penggiat media sosial yang pro perubahan.

Tetapi, kenapa begitu nazak sekali Media Prima sekarang ini sampai terpaksa membuat tawaran sedemikian rupa?

Bukankah ini secara tidak langsung menandakan ekonomi negara di bawah kepimpinan Najib Razak memang benar-benar tidak  sihat?

Jika Media Prima pun terkesan dengan kedudukan ekonomi semasa, kenapa harus ada yang marah-marah bila artis seperti Sheila Majid meluahkan perkara yang sama?

Dalam pada itu, kedua-dua tawaran tersebut juga terlihat ganjil dan seperti menganiaya kakitangan Media Prima sendiri.

Jika mereka cuti selama beberapa bulan misalnya, apa yang mahu mereka lakukan dalam tempoh itu dan bagaimana dengan sumber pendapatan untuk membiayai tanggungan keluarga?

Khusus bagi tawaran bekerja hanya setengah bulan dan setengah bulan lagi cuti serta diberi hanya separuh gaji pula, ini lebih lagi menganiaya sebenarnya.

Apakah kakitangan yang terbabit boleh membuat bayaran rumah, kereta dan lain-lain bil dalam kadar setengah juga dalam tempoh mereka hanya menerima setengah bulan gaji itu?

Siapakah punya idea di sebalik tawaran pelik dan tidak munasabah ini serta pernahkah ia dilakukan oleh mana-mana syarikat lain di dunia ini?

Ini idea di luar kotak atau cadangan yang lebih bersifat tiga suku?

Akhir sekali, apakah Najib yang diketahui dalam akaun peribadinya ada wang berbilion-bilion tidak pernah membantu Media Prima mengukuhkan kedudukan kewangannya, sebagaimana tawaran bantuan dalam mengukuhkan ekomoni kepada Amerika,  sedangkan wajahnya hampir setiap malam terpampang di media-media kelolaan Media Prima? (ShahbudinHusin 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena