Sunday 4 February 2018

[Video Berita palsu: Kerajaan janji bincang dengan semua] Tak Serik2 BOHONG! PM orang pertama perlu disiasat sebar berita palsu, kata Tony Pua.

Ahad, 4 Februari 2018

Image result for Foto 1MDB najib berbohong
Image result for Foto 1MDB najib berbohong
Related image

Related image

PM orang pertama perlu disiasat sebar berita palsu, kata Tony Pua

Awal minggu ini, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan mungkin akan memperkenalkan undang-undang untuk membendung penyebaran berita palsu yang katanya boleh menggugat keselamatan negara.
Mengulas kenyataan Najib tersebut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, orang pertama yang perlu disiasat kerana menyebarkan berita palsu tidak lain tidak bukan adalah PM sendiri.
Kata beliau, PM perlu disiasat kerana mendakwa hutang besar 1MDB berjumlah RM42 bilion itu “tidak hilang”.
PM kata Tony Pua, mempertahankan 1MDB dengan mengatakan bahawa wang tersebut tidak hilang, berbeza dengan kerugian RM31 bilion yang dialami Bank Negara dalam skandal tukaran wang asing.
Bagaimanpun kata Tony Pua, dalam skandal tukaran wang asing itu, tidak ada sesiapa didakwa kerana menggelapkan wang.
“Dalam kes 1MDB, di mana duduknya RM42 bilion itu, atau sebahagian daripadanya tidak diketahui atau dapat dijelaskan.
“Malah, jika Datuk Seri Najib bercakap benar, ada soalan yang hendak ditanya, mengapakah Kabinet meletakkan Laporan Peguam Negara berkaitan 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi?
Kata beliau lagi, jika semua wang 1MDB diurus dengan baik, mengapa 1MDB gagal mengemukakan penyata kewangan setelah diaudit sejak bulan Mac 2014?
“Lebih ironi lagi, Datuk Seri Najib boleh berbohong mengenai hutang RM42 bilion 1MDB di hadapan 1,200 orang pemimpin Islam dan ketua-ketua kampung yang dijadualkan akan berangkat ke tanah suci Mekah,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena