Thursday 25 April 2019

[Video PAS MENGKAFIRKAN PIHAK LAIN IKUT SUKA-SUKA] UMNO ambil Yahudi jadi penasihat, pemimpinnya sedap2 sapu duit rakyat berbilion2, itupun PAS sibuk nak sokong jugak Umno! PH petaruh anak bongsu bekas MP di Sandakan & Era Raja-Raja miliki kuasa mutlak sudah berlalu.

Khamis, 25 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 19 orang, orang senyum, teks dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri

Pakatan Harapan (PH) akan meletakkan Vivian Wong - anak bongsu mendiang Stephen Wong,sebagai calon mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal, yang juga adalah presiden Warisan selepas sesi bersama rakyat di Dewan Masyarakat Sandakan.
Turut hadir, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng.
Vivian, 30, yang memiliki ijazah dalam bidang komunikasi daripada Murdoch University, Australia.
Warisan dan Upko bukan parti komponen PH, tetapi kedua-duanya bekerjasama dengan PH di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan.

Era Raja-Raja miliki kuasa mutlak sudah berlalu

Pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi berpendapat era atau zaman Raja-Raja memiliki kuasa mutlak sudah berlalu berlalu.
Walau bagaimanapun, profesor undang-undang di Universiti Malaya itu berkata, masih ada sesetengah orang, termasuk ada cendekiawan yang beranggapan zaman seumpama itu masih kekal.
"Kita adalah monarki perlembagaan, bukan monarki mutlak. Ada orang yang bercakap mengenai kuasa mutlak. Tiada kuasa mutlak lagi," katanya kepada Malaysiakini.
Shad Saleem juga berkata bahawa negeri-negeri di Malaysia bukan berdaulat, tetapi "sebahagian daripada persekutuan" yang tertakluk kepada satu Perlembagaan Persekutuan.
"Jadi, semua cakap-cakap mengenai kedaulatan negeri adalah lebih (mengenai) politik daripada undang-undang," katanya.
Katanya, walaupun kenyataan Mahathir bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu mungkin tidak tepat, namun beliau bersetuju dengan perdana menteri mengenai keunggulan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan bahawa hanya peruntukan dalam undang-undang negeri, dan bukan seluruh dokumen, akan terbatal jika bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Pada dasarnya, pendirian perdana menteri adalah betul, tetapi dia berlebihan mengatakan bahawa perlembagaan (negeri) terbatal.
"Kita harus ambil kira bahawa dia seorang doktor, dia bukan lulusan undang-undang. Oleh itu, saya tidak fikir dia harus dinilai dengan standard seorang peguam," katanya.
Shad Saleem memetik Perkara 4 (1) dan 162 (6) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa dokumen itu adalah undang-undang tertinggi negara dan bagaimana setiap undang-undang yang tidak konsisten menjadi "tidak sah" dan perlu diperbetulkan.
Sekiranya undang-undang negeri tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, katanya, Perkara 71 (4) menyatakan bahawa Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk mengubahnya.
Malaysiakini.

1 comments:

HBM said...

maknanya dewan rakyat boleh kembalikan kuasa mutlak raja raja dgn mengubah perlembagaan ....2/3 atau lebih undian...
hendak ke mereka bagi 2/3 andai pun semua222 mp melayu islam...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena