Monday 8 April 2019

[Video Tiada yang mustahil, kata Khalid mengenai rampasan kuasa di M'sia] Patriot lihat 'gambaran besar' beri amaran jangan gugat kerajaan untuk menarik diri daripada Statut Rom.

Isnin, 8 April 2019
KiniTV
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata Malaysia tidak boleh menolak kemungkinan bahawa rampasan kuasa boleh berlaku di negara ini jika orang Melayu terpengaruh dan mempercayai kedudukan mereka dalam bahaya. "Tiada yang mustahil. "(Ini) khususnya apabila 70 peratus adalah penduduk Melayu dan jika mereka cukup terpengaruh dan mempercayai bahawa kedudukan mereka dalam bahaya. Seperti yang kamu ketahui, polis dan tentera juga adalah institusi berasaskan Melayu. "Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk menangani masalah ini dengan berhati-hati," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan rampasan kuasa berlaku di Malaysia susulan dakwaan kemungkinan kerajaan Perdana Menteri Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad digulingkan. Katanya, Malaysia perlu lebih berhati-hati kerana negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum yang lebih tinggi berbanding negara-negara lain.

Patriot lihat 'gambaran besar' beri amaran jangan gugat kerajaan

Kumpulan angkatan tentera dan polis veteran, Patriot menyatakan sokongan terhadap langkah kerajaan untuk menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Tindakan itu, kata Patriot, adalah salah faham, memandangkan protes menentang undang-undang itu didakwa didalang oleh mereka yang berhasrat untuk "mengulingkan kerajaan atau perdana menteri".
Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji berkata walaupun NGO itu kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan yang ditunduk kepada tekanan daripada golongan yang membantah, ia memahami "gambaran besar".
Arshad dalam satu kenyataan hari ini berkata: "Nampaknya keseluruhan episod protes terhadap ratifikasi Statut Rom ICC telah dipentaskan, dengan motif tersembunyi untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik atau perdana menteri.
"Amat diragui bahawa penunjuk perasaan jalanan ini mempunyai pemahaman yang sedikit tentang Statut Rom ICC, dan bagaimana ia mencabar perlembagaan kita dan kedudukan Raja-raja Melayu."
Patriot juga membidas tokoh akademik yang dilaporkan menghantar kertas kajian kepada Raja-raja Melayu.
Kandungan kertas oleh empat ahli akademik dari universiti tempatan itu baru-baru ini dibocorkan oleh aktivis pelajar yang mendakwa bahawa ia digunakan untuk meyakinkan Raja-raja Melayu supaya menolak Statut Rom.
Dalam kenyataannya, Patriot menyelar ahli akademik, yang "mungkin diminta untuk memberi tafsiran sempit tentang erti komander tertinggi angkatan bersenjata negara".
"Ini adalah pemikir malas yang tidak memahami apa itu perang, sebenarnya."
Arshad memberi amaran bahawa sebarang paksaan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik atau perdana menteri negara ini "melalui cara jahat atau paksa" adalah bertentangan dengan kehendak rakyat.
Beliau berkata: "Patriot tidak akan berdiri tanpa melakukan sesuatu melihat tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak demokratik itu.
"Sekiranya keadaan tidak dapat dikawal, Patriot yakin bahawa ketua pasukan polis dan angkatan tentera kita akan kekal berkecuali dan bertindak secara kolektif untuk kebaikan negara."
Sehubungan itu, Patriot mencadangkan supaya Statut Rom dibawa ke Parlimen dan dibincangkan melalui cara demokrasi yang betul.
Kumpulan itu juga berkongsi sentimen yang disuarakan oleh NGO G25, sebuah kumpulan yang terdiri daripada pesara kakitangan awam supaya Statut Rom harus dibincangkan secara terbuka dan dibahaskan oleh semua lapisan masyarakat.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena