Showing posts with label Blok Ketiga. Show all posts
Showing posts with label Blok Ketiga. Show all posts

Monday, 9 October 2017

[Video PAS Malu-malu Kucing Bila Dikata Miliki DNA Sama Dengan UMNO & Undi Blok Ketiga Berarti Undi BN] Dulu tuduh ‘DAP komunis’, sekarang UMNO menghadap Parti Komunis China.

Selasa, 10 Oktober 2017


Foto Amanah Negeri Johor.

Foto Amanah Negeri Johor.
Jangan lupa flashmob siri ke 3 di Negeri Johor. 10hb Oktober 2017, 5:00 petang di Laman Maharani, Muar. Ayuh kita turun bersama.

Dulu tuduh ‘DAP komunis’, sekarang UMNO menghadap Parti Komunis China

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Segala tohmahan jahat UMNO selama ini mengaitkan DAP dengan komunis akhirnya terkena batang hidung sendiri apabila UMNO diberi penghormatan berucap sempena kongres Parti Komunis China (CPC) baru-baru ini.
Bagaimana pun, salah seorang pemimpinnya berang apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyindir UMNO di twitter; “Kuncu-kuncu Umno/PAS fitnah DAP komunis tapi bukan DAP, Umnolah yang ucap dalam Parti Komunis Cina. Siapa pengkhianat anti agama sekarang?”
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilapor media berkata kenyataan Guan Eng itu kononnya sengaja mewujudkan perbalahan antara agama di negara ini.
Sedangkan, siapakah yang selama ini galak memainkan isu-isu sensitif kaum-agama soal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Howard Lee.
“Selepas berpuluh-puluh tahun memomokkan DAP dengan istilah ‘parti cina, kafir dan komunis’, kini UMNO sendiri telah dijemput berucap di kongres Parti Komunis China.
“Jemputan ini sukar mereka tolak sebab  terlalu terhutang budi dengan parti komunis itu,” katanya dalam kenyataan.
Menjawab tuduhan DAP juga menjalinkan hubungan dengan parti negara luar, Howard yang juga Presiden Kesatuan Sosialis Muda Antarabangsa (IUSY) berkata, daripada hubungan dengan 120 parti di 80 negara, tiada satu pun kerjasama dengan parti berideologi komunis.
“Bezanya ialah, DAP tidak ada hubungan dengan satu pun parti komunis tetapi UMNO mempunyai kerjasama erat dengan parti komunis yang paling berkuasa di dunia.
“Soalnya sekarang adakah Zambry akan memberitahu rakyat Malaysia bahawa DAP bukan parti komunis seperti yang dimomokkan selama ini?
“Adakah Zambry akan memohon maaf terhadap segala isu sensitif yang timbul? Adakah UMNO akan berhenti membohongi rakyat Malaysia?” Soalnya lagi. –Roketkini.com
Read More

Sunday, 15 May 2016

[Video] AMANAH saran PAS tarik diri kalau tak mahu undi pecah..."PAS keliru dengan ‘bahasa’ mereka sendiri sebagai blok ketiga".

Ahad, 15 Mei 2016

Parti Ikatan

Page Liked · 48 mins

Hasil Keberkatan Transforbasi Negara...

Sungguh mudah jadi KERAjaan laa nun..
SUBSIDI DIHAPUSKAN & RAKYAT KENA GST 6%..

AMANAH saran PAS tarik diri kalau tak mahu undi pecah

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyarankan supaya PAS berunding dengan semua wakil Pakatan Harapan (HARAPAN) jika tidak mahu pertandingan tiga penjuru dan bukan berunding dengan PKR sahaja.
Pengarah Komunikasinya Khalid Abdul Samad berkata PAS sebenarnya keliru dengan ‘bahasa’ mereka sendiri sebagai blok ketiga.
“PAS sepatutnya selari antara percakapan dan tindakan mereka. Blok ketiga seharusnya tidak gentar berunding tiga penjuru,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Khalid berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan pembangkang lain tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Khalid berkata, jika tidak mahu undi pecah dijadikan alasan, PAS sepatutnya bersedia berbuat demikian.
“Kalau tidak mahu undi pecah dijadikan alasan, PAS pun jangan bertanding. Beri laluan kepada parti lain.
“Kalau PAS merasakan pecahan undi itu satu perkara yang penting, tariklah diri jangan suruh orang lain tarik diri,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Mengulas mengenai kenyataan Tuan Ibrahim bahawa tindakan meletakkan calon untuk menguji sokongan hanya beri kelebihan kepada BN untuk memang Khalid berkata isu itu tidak timbul.
“Tiada niat mahu menguji sebaliknya jika kami meletakkan calon, kami memang mahu menang. Wujudnya AMANAH kerana perjuangan kami berbeza,”katanya.



Malaysiakini
Read More

Sunday, 24 April 2016

PAS & Blok Ketiga Akan Hanya Perolehi 3% Undi

Ahad, 24 April 2016

PAS & Blok Ketiga Akan Hanya Perolehi 3% Undi

Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Fakta itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.

Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.

Kajian bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825 responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kajian penuh kami belum sebarkan lagi. Saya hanya bentangkan 4 slide saja dalam forum itu," kata Hisomuddin ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Berdasarkan kajian itu, responden ditanya, "Sekiranya PRU diadakan sekarang, parti manakah yang menjadi pilihan anda untuk membentuk kerajaan?".

Barisan Nasional (BN) kekal menjadi pilihan utama rakyat negara ini apabila 38% dari mereka berkata mahu mengundi BN diikuti dengan Pakatan Harapan 26%.

Namun 23% dari mereka enggan menjawab soalan itu, 9% tidak mahu keluar mengundi dan 1% lagi mahu mengundi calon bebas.

Ketika ditanya, siapakah Blok Ketiga yang dimaksudkan dalam kajian itu, Hisomuddin menjawab "Blok Ketiga merujuk Pas dan Ikatan ikut fahaman responden yang ditemui masa kajian dilakukan."

Pada 16 Mac lepas, Pas mengumumkan pembentukan satu blok baru bersama Ikatan dalam satu pengumuman yang dibuat melalui satu sidang media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada media selepas majlis pengenalan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari itu "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Katanya, Pas membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya. Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara Pas dan Ikatan.

Ikatan adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015. -Malaysia Dateline
KDL.
Read More

Friday, 18 March 2016

'Blok Ketiga' PAS benar-benar berada dalam keadaan 'PUTUS ASA'? IKATAN ibarat ‘dahan yang busuk dan reput’ – Zam

Jumaat, 18 Mac 2016

IKATAN ibarat ‘dahan yang busuk dan reput’ – Zam

 | March 18, 2016
Kerjasama PAS-IKATAN tidak memberi impak sebaliknya memperkecilkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang berwibawa dan membawa mesej perpaduan.
zam_pas-ikatan
PETALING JAYA : Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan keputusan PAS bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang diibaratkan oleh beliau seperti ‘dahan yang busuk dan reput’.
Bekas Menteri Penerangan itu mengulas mengenai pengumuman blok ketiga pembangkang yang melibatkan kerjasama PAS dan IKATAN yang diumumkan pada 16 Mac lalu.
“Langkah ini (blok ketiga) memperlihatkan PAS benar-benar berada dalam keadaan “putus asa” sehingga mahu bergantung di dahan yang busuk dan reput,” katanya.
Zainuddin turut menyifatkan IKATAN sebuah parti yang tidak ternama dan tidak mempunyai pengikut malah integriti pimpinannya turut menjadi persoalan masyarakat.
“Khususnya ahli dan pemimpin UMNO sendiri yang pastinya tersenyum kambing dengan pengumuman itu.
“Dari sebuah parti yang dianggap berwibawa untuk membawa mesej perpaduan Islam dan Melayu tetapi sekarang telah hilang kekebalan imejnya ini yang jelas ketika bersendirian.
“Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Presiden IKATAN) bukan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang walaupun tercalar parah moralnya tetapi masih mempunyai pengikut fanatik yang setia buta kepadanya,” katanya.
Menurutnya, pemilihan PAS untuk bekerjasama dengan IKATAN tidak akan meninggalkan impak yang besar sebaliknya memperkecilkan imejnya sendiri sebagai sebuah parti politik Islam.
FMT.
Read More

Thursday, 17 March 2016

[Video] Blok Ketiga: Tak berani ramal rupanya? Ni apa cerita! Cerita dengan ahli itu hukum Hudud...Cerita sekarang Akta 355?

Khamis, 17 Mac 2016


FACE BOOK 


Tarmizi Mohd Jam
10 hrs
Alhamdulillah. Nampaknya dah kendur banyak. Dulu2 masa ghairah komen sewaktu Amanah muncul, dgn nada keras dakwa Amanah akan berkubur tak lebih drpd dua tahun. Sebab Amanah tu orang lain punya. Musuh pulak tu. Tetapi hari ini, 16 Mac 2016 kelihatan komentarnya penuh akhlak, bersopan terhadap pakatan baharu yg dia sendiri pelopori. "Hanya Tuhan sahaja yg tahu masa depan blok ke-3". Eh ketika komen masa depan Amanah dulu, kenapa tak kata hanya Tuhan sahaja yg tahu? Mengapa berani ramal amanah akan berkubur? Amacam?


POOORAHHH:CERITA DENGAN AHLI ITU HUKUM HUDUD, CERITA SEKARANG AKTA 355.

PAS menyerahkan kepada kerajaan persekutuan untuk terus membawa agenda hudud di parlimen susulan penubuhan blok barunya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memberitahu pemberita hari ini cadangan itu sepatutnya datang daripada kerajaan pusat kerana ia melibatkan pindaan kepada undang-undang persekutuan.

"(Di) Parlimen kita (PAS) tak pernah bawa hudud, yang (kita) bawa ke parlimen ialah (cadangan pindaan) Akta 355. Tak boleh dilaksana sebab mahkamah tak berkuasa.

"Ia bukan Akta Hudud tapi (cadangan pindaan) untuk tingkatkan kuasa mahkamah syariah.

"Saya berpandangan kerajaan persekutuan (kena) bawa (ke parlimen) sebab itu akta persekutuan."kata Takiyuddin.

Posted by mantaro on 16 March 2016
SISI BUKIT
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena