Friday 18 March 2016

'Blok Ketiga' PAS benar-benar berada dalam keadaan 'PUTUS ASA'? IKATAN ibarat ‘dahan yang busuk dan reput’ – Zam

Jumaat, 18 Mac 2016

IKATAN ibarat ‘dahan yang busuk dan reput’ – Zam

 | March 18, 2016
Kerjasama PAS-IKATAN tidak memberi impak sebaliknya memperkecilkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang berwibawa dan membawa mesej perpaduan.
zam_pas-ikatan
PETALING JAYA : Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan keputusan PAS bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang diibaratkan oleh beliau seperti ‘dahan yang busuk dan reput’.
Bekas Menteri Penerangan itu mengulas mengenai pengumuman blok ketiga pembangkang yang melibatkan kerjasama PAS dan IKATAN yang diumumkan pada 16 Mac lalu.
“Langkah ini (blok ketiga) memperlihatkan PAS benar-benar berada dalam keadaan “putus asa” sehingga mahu bergantung di dahan yang busuk dan reput,” katanya.
Zainuddin turut menyifatkan IKATAN sebuah parti yang tidak ternama dan tidak mempunyai pengikut malah integriti pimpinannya turut menjadi persoalan masyarakat.
“Khususnya ahli dan pemimpin UMNO sendiri yang pastinya tersenyum kambing dengan pengumuman itu.
“Dari sebuah parti yang dianggap berwibawa untuk membawa mesej perpaduan Islam dan Melayu tetapi sekarang telah hilang kekebalan imejnya ini yang jelas ketika bersendirian.
“Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Presiden IKATAN) bukan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang walaupun tercalar parah moralnya tetapi masih mempunyai pengikut fanatik yang setia buta kepadanya,” katanya.
Menurutnya, pemilihan PAS untuk bekerjasama dengan IKATAN tidak akan meninggalkan impak yang besar sebaliknya memperkecilkan imejnya sendiri sebagai sebuah parti politik Islam.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena