Saturday 19 March 2016

'Muhyidddin & Mukhriz' Janganlah dilengahkan lagi...ITU BARU MELAWAN NAMANYA!

Ahad, 20 Mac 2016

ITU BARU MELAWAN NAMANYA!!

Esok 21 Mac, Muhyiddin Yassin bersama Mukhriz Mahathir akan berada di Kota Tinggi, Johor untuk program Bicara Rakyat. Maklumat penuh program adalah seperti di bawah ini.

Selain memberi penerangan dan bercakap mengenai isu-isu semasa, perkara yang harus dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz, di mana ketika ini mereka masih mewakili UMNO ialah menggerakkan seramai mungkin ahli parti untuk menandatangani Deklarasi Rakyat. 

Walaupun pemimpin-pemimpin UMNO cuba melencongkan pemikiran rakyat dengan menggambarkan ia sebagai "Deklarasi Mahathir", "Deklarasi Lim Kit Siang", "Deklarasi Mahathir - Kit Siang" atau lain-lainnya, hakikatnya deklarasi itu ialah mesej penolakan yang mewakili hati sanubari rakyat terhadap kepimpinan Najib yang menjadi punca segala kerosakan dalam negara ketika ini. 

Hanya dengan Najib dapat disingkirkan dan kemudian institusi awam segera dipulihkan, barulah imej negara dapat dikembalikan seperti sebelumnya. Jika tidak, di pelusuk dunia mana pun, wajah Malaysia akan terus merudum dan merudum. 

Sebagaimana di Pagoh beberapa hari lalu di mana lebih 1,000 ahli UMNO bahagian itu menandatangani Deklarasi Rakyat, di Kota Tinggi malam esok dan di mana-mana selepas ini, mengutip seramai mungkin tandatangan mestilah menjadi keutamaan Muhyiddin dan juga Mukhriz. 

Seiring dengan pelbagai pihak turut menggerakkan usaha mengumpulkan tandatangan itu, matlamat sejuta tandatangan dalam waktu terdekat ini tidak harus dilengahkan lagi. 

Selepas sejuta tandatangan dapat dipamerkan kepada dunia, mungkin matlamat dua juta atau tiga juta pula sebagai sasaran seterusnya.

Jika Muhyiddin dan Mukhriz dapat memainkan peranan dalam menggerakkan, katalah puluhan atau ratusan ribu ahli UMNO sendiri berbuat demikian, itu barulah dikatakan melawan namanya!! 

Ketika itu juga kita boleh lihat sama ada UMNO berani memecat atau tidak ahli-ahlinya yang berani menandatangani deklarasi tersebut? (SH).

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena