Sunday 20 March 2016

JANGAN SIASAT IKAN BILIS SAHAJA! Pegawai KJ Rupaya Yang Songlap Duit RM100 Juta...Tahniah & terbaik SPRM.

Ahad, 20 Mac 2016

Kalau pegawai KERAjaan pun boleh songlap ratusan juta ringgit, apatahlagi N.....tuuuuuttttttttt.

Tahniah & terbaik SPRM... Jgn setakat hanya siasat pegawai kerajaan shj, teruskan usaha & beranikan diri anda juntuk siasat juga di peringkat atasan tertinggi kerajaan..

JANGAN SIASAT IKAN BILIS SAHAJA SEMATA-MATA, TETAPI JERUNG TUTUP SEBELAH MATA !!!

Pegawai KJ Rupaya Yang Songlap Duit RM100 Juta


Pegawai KBS songlap RM100j, beli kereta Audi, beg Hermes, cincin Cartier

Seorang pegawai KBS menggunakan RM100 juta dana kementerian membeli barang kemas, termasuk cincin mutiara Cartier. — Foto Malay Mail
PETALING JAYA, 20 Mac — Penahanan pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbulkan persoalan tata kelola dana jabatan kerajaan diuruskan, lapor akhbar Malay Mail hari ini.

Suspek berusia 56 tahun yang menjadi dalang menggelapkan kira-kira RM100 juta dana kementerian sejak enam tahun lalu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Kajang pada Jumaat.

SPRM menyita beberapa barangan termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire.

Antara barang mewah lain yang dibeli dengan dana gelap tersebut ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000.

Barangan yang disita berjumlah RM20 juta, sementara wang di dalam 69 akaun bank berjumlah RM8.33 juta dibekukan.


Lapan kontraktor termasuk seorang wanita ditahan kerana didakwa bersubahat dalam kes itu.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata dana itu disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan bayaran dibuat kepada 14 syarikat yang dimiliki kontraktor dan RM14 juta kepada akaun peribadi suspek.

Azam berkata suspek sudah menyalah guna dana sejak 2010.

“Tetapi dia mungkin melakukan perkara itu lebih awal melihat penglibatannya dalam KBS sejak 1998 dan memegang jawatannya sejak lapan tahun lalu,” katanya.

Menjelaskan modus operandi, Azam berkata penjawat awam itu akan memastikan bayaran dari MSN disalurkan kepada syarikat untuk projek atau penganjuran program kementerian.

“Tapi sebenarnya, projek itu tidak dijalankan. Dalam sesetengah keadaan, projek tidak wujud tetapi wang dibayar,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram. Kesemua sembilan suspek direman seminggu.

- malaymail

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena