Monday 28 March 2016

Apa untungnya Najib turun sekarang? "UNTUNGNYA umno semakin hari semakin teruk, bukan semakin baik".

Isnin, 28 Mac 2016

Najib turun sekarang..yang naik ganti juga UMNO BN...apa untungnya?

KALAU NAJIB LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN BN AKAN GANTI PM
Deklarasi Rakyat yang sebelum ini namanya Deklarasi Anti-Najib antara lain mendesak supaya Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia segera.

Semalam dalam Kongres Rakyat yang meluncurkan Gagasan Deklarasi Rakyat mendesak perletakan jawatan Najib, Mukhriz dilaporkan berkata jika Najib meletakkan jawatan maka penggantinya adalah dari kalangan Ahli Parlimen BN juga. Maksudnya Kerajaan Umno/BN tidak jatuh, yang jatuh hanya Najib.

Maka naiklah status-status kat fb yang aku boleh baca ada yang bersorak, ada yang bertepuk tangan (walau pun dlm fb blh tepuk tangan juga), ada yang itu dan ada yang ini yang kebanyakkannya ke arah padan muka pembangkang yang kononnya bersekongkol dengan Tun Mahathir.

Kadang2 aku rasa seronok baca status2 yg naik tu. Seronok kerana tak sedar bahawa depa bersama dlm sistem.

Jika Najib letak jawatan sekarang, esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan, majoriti Ahli Parlimen ialah daripada BN. Maka yang menggantikan Najib wajarlah daripada BN kerana mereka mempunyai majoriti. Takkan la Najib letak jawatan yang nak ganti Najib tu Azmin Ali?

Mustahil kerana Azmin adalah Ahli Parlimen PKR. Azmin boleh jadi PM klu dia pindah daripada Ahli Parlimen PKR ke Ahli Parlimen Umno tetapi ianya mustahil.

Jika tak mahu BN yang menggantikan Najib maka perlu bubar Parlimen dan adakan pilihanraya kemudian jangan undi BN. Tapi adakah itu boleh berlaku? Fikir sat....

Ada orang kata kalau yang ganti tu adalah daripada BN juga apa faedahnya? Pegi balik tetap BN, tetap Umno.

Betul yang ganti Najib dari BN tak ada faedahnya tetapi jika kita berusaha lebih sikit daripada yang kita buat sekarang, faedahnya insyaAllah akan lebih daripada itu.

Kalau kita fikir positif insyaAllah kita akan dapat yang positif dan kita akan usahakan kepada faedah positif. Kalau kita asyik fikir negatif maka kita akan usaha supaya negatif itulah natijahnya.

Tun Mahathir berundur digantikan Tun Abdullah kemudian didesak Tun Abdullah berundur digantikan dengan Najib dan sekarang didesak Najib berundur. Selama proses itu yang kita tengok ialah Umno semakin hari semakin teruk, bukan semakin baik. 

Malah sekarang Umno di tahap paling teruk. Siapa ada bukti bahawa selama proses ganti mengganti sebelum ini daripada Tun Mahathir ke Tun Abdullah dan ke Najib, Umno semakin kuat?? Kalau ada boleh kongsikan.

Adakah kita yang nak jatuhkan Umno/BN nak tunggu tengok saja sambil fikir negatif? Pilihan di tangan kita bagaimana kita nak usahakan untuk jatuhkan bukan sekadar Najib tapi Umno keseluruhannya termasuk Tun Mahathir.

BERANI BERUBAH.
Zulhazmi Shariff
Ahli Biasa DAP
S05-1417-0168203

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena