Monday, 14 March 2016

Apasal CASSANDRA CHUNG lebih wajar disanjung dari Tuan Penasihat? Sudah dapat beribu sokongan, TURUN GAMBAR NAJIB!

Isnin, 14 Mac 2016

Gambar hiasan.
Di Universiti Nottingham tempat DS Najib belajar dulu.

CASSANDRA CHUNG SUDAH DAPAT BERIBU SOKONGAN, TURUN GAMBAR NAJIB.

Sekadar menurunkan gambar Najib di dinding, apalah sangat kesannya kepada Najib. Namun, dia berusaha menampilkan kebersamaan dalam usaha rakyat untuk mendesak Najib turun.

Cassandara Chung, mengemukakan petisyen menggesa agar gambar Najib berukuran kira-kira 1 meter dikeluarkan dari dinding alma mater Universiti Nottingham di UK. Dia telah mendapat beribu sokongan ahli Persatuan Nottingham Malaysia.

Tindakan ini lebih wajar disanjung berbanding tindakan ulama tertentu dan penyokongnya yang berusaha mempertahankan Najib dengan pelbagai alasan.

Posted by mantaro on 14 March 2016

HAJI HADI, TUAN PENASIHAT.

Haji  Hadi , Tuan  Penasihat.

PETALING JAYA: PAS lebih berminat berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Sarawak dan sedia menyokong segala usaha baik yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebaliknya parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.

“Yang pasti, PAS bukan parti pengampu,” katanya pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak – Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak di Kuching, malam tadi.

Abdul Hadi berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri, lapor Berita Harian Online.

Manifesto pilihanraya itu antara lain menawarkan hak anak negeri, kebebasan beragama dan budaya dan tuntutan 20 peratus royalti minyak dan gas daripada kerajaan Persekutuan.

PAS akan bertanding 11 kerusi DUN, iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Posted by mantaro on 13 March 2016

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena