Sunday 20 March 2016

Shahbudin tidak seberani yang saya sangkakan – Guan Eng

Ahad, 20 Mac 2016
UMNO memang takda telo. Hanya berani menyalak terpekik dlm Parlimen shj kerana di situlah 'mereka' ada IMUNITI..
Berani Kerana Benar, TAKUT KERANA SALAH...



Shahbudin tidak seberani yang saya sangkakan – Guan Eng

 | March 20, 2016
Ahli Parlimen Tasek Gelugor tidak hadir di Pejabat Ketua Menteri untuk minum kopi dan menjelaskan di hadapan media tuduhan yang dibuatnya di Parlimen.

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kecewa kerana Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya tidak seberani seperti yang disangkakannya.
Katanya, beliau juga kesal apabila Shabudin tidak hadir untuk minum kopi bersamanya di Pejabat Ketua Menteri, KOMTAR di Georgetown, hari ini, untuk bersemuka dengannya bagi mendapatkan fakta berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn.
“Ternyata anggapan saya salah apabila beliau (Shabudin) tidak hadir hari ini. Jika beliau benar, kenapa tidak hadir untuk berjumpa dengan saya di hadapan media?
“Saya kesal apabila beliau hanya berani membuat tuduhan di dalam Parlimen sahaja. Jika beliau benar mempunyai maklumat bahawa saya ‘makan duit’, saya cabar beliau menyatakan di luar Parlimen supaya saya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana memfitnah saya,” katanya kepada media, lapor Sinar Harian.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP itu mendakwa tuduhan berkaitan rasuah oleh Shahbudin di Dewan Rakyat tidak berasas apabila mengaitkan pembelian banglo itu dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada 2012 kepada pemaju swasta untuk pembinaan hospital swasta dan hotel.
Kata Guan Eng, tiada apa yang akan disembunyikannya berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta itu dan beliau mahu mendengar sendiri apa fakta yang mendorong Shabudin membuat tuduhan sedemikian.
FMT. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena