Najib bermuka ‘badut’ muncul di Dewan Malaysia, Perth
Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan pelekat berkenaan ditampal pada pintu dan dinding luar bangunan berkenaan.
Semburan cat merah juga digunakan untuk membuat tanda ‘X’ pada karikatur itu.
Gambar itu dimuat naik dalam talian oleh aktivis artis Fahmi Reza, yang sedang disiasat oleh pihak polis berhubung perkara lukisannya.
“Pemberontakan kini merebak ke Australia.
“Aku jumpa gambar ini di Twitter yang menunjukkan bangunan Malaysia Hall bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Perth, Australia telah digraffiti dengan wajah muka badut Najib Razak sebagai tanda protes,” kata Fahmi dalam Facebook.
Menurut aktivis itu, ramai akan menganggap tindakan berkenaan sebagai satu bentuk vandalisme dan tidak menyenanginya.
“Sangat mudah untuk kita melabel anak-anak muda yang bertindak menyembur political graffiti ini sebagai “vandals” dan “troublemakers”, tapi pernahkan kita cuba fahami kenapa mereka mengambil tindakan sedemikian rupa untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka?
“Bila suara-suara protes melalui “saluran-saluran yang betul” tidak didengari, malah disekat, bila warganya yang berani bersuara melalui saluran-saluran ini ditindas dan dikenakan tindakan oleh penguasa yang melindungi koruptor, maka anak-anak muda akan mencipta saluran-saluran mereka sendiri untuk menyampaikan mesej mereka kepada penguasa,” katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Dewan Malaysia Perth untuk mendapatkan ulasan mereka.
PKR dakwa Dewan M'sia di Perth dibeli 58% lebih mahal
Menurutnya, kerajaan membeli bangunan dari syarikat Miltech International Pty Ltd dengan harga AUD10.271 juta (kira-kira RM30 juta) pada 16 Disember 2013.
Rafizi berkata harga bangunan itu lebih mahal berbanding harga asal yang dibeli oleh Miltech International iaitu pada AUD6.5 juta.
Menurut Rafizi, kerajaan persekutuan membeli bangunan daripada Miltech International yang beralamat 268, Newcastle Street, Perth untuk dijadikan Dewan Malaysia bagi tujuan penginapan pelajar negara ini.
"Syarikat ini (Miltech International) membuat keuntungan sehingga 58 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas mereka membeli bangunan ini.
"Saya mempunyai maklumat lengkap siapa yang mendapat untung dan pemilik syarikat yang menjual bangunan ini.
"Oleh itu saya memohon supaya Kementerian Pendidikan memberikan jawapan secepat mungkin bagaimana penyelewengan ini berlaku dan menamakan siapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Selain itu, Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan berkata, walaupun jumlah terlebih bayar hanya RM11 juta, namun penyelewengan yang berlaku menunjukkan amalan rasuah berleluasa dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada tahun lalu, dalam jawapan bertulis kepada Rafizi berhubung soalan pembelian hartanah oleh kerajaan di luar negara, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman memberitahu kementerian luar tidak terlibat dengan pembelian hartanah oleh agensi/kementerian yang lain di luar negara.
Bagaimanapun, kementerian luar negeri telah merujuk perkara itu kepada semua Perwakilan Malaysia dan terdapat satu pembelian bangunan di Perth untuk dijadikan penginapan pelajar Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kos keseluruhan termasuk ubahsuai sebanyak AUD10.271 juta.
Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment