Monday, 9 October 2017

[Video PAS Malu-malu Kucing Bila Dikata Miliki DNA Sama Dengan UMNO & Undi Blok Ketiga Berarti Undi BN] Dulu tuduh ‘DAP komunis’, sekarang UMNO menghadap Parti Komunis China.

Selasa, 10 Oktober 2017


Foto Amanah Negeri Johor.

Foto Amanah Negeri Johor.
Jangan lupa flashmob siri ke 3 di Negeri Johor. 10hb Oktober 2017, 5:00 petang di Laman Maharani, Muar. Ayuh kita turun bersama.

Dulu tuduh ‘DAP komunis’, sekarang UMNO menghadap Parti Komunis China

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Segala tohmahan jahat UMNO selama ini mengaitkan DAP dengan komunis akhirnya terkena batang hidung sendiri apabila UMNO diberi penghormatan berucap sempena kongres Parti Komunis China (CPC) baru-baru ini.
Bagaimana pun, salah seorang pemimpinnya berang apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyindir UMNO di twitter; “Kuncu-kuncu Umno/PAS fitnah DAP komunis tapi bukan DAP, Umnolah yang ucap dalam Parti Komunis Cina. Siapa pengkhianat anti agama sekarang?”
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilapor media berkata kenyataan Guan Eng itu kononnya sengaja mewujudkan perbalahan antara agama di negara ini.
Sedangkan, siapakah yang selama ini galak memainkan isu-isu sensitif kaum-agama soal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Howard Lee.
“Selepas berpuluh-puluh tahun memomokkan DAP dengan istilah ‘parti cina, kafir dan komunis’, kini UMNO sendiri telah dijemput berucap di kongres Parti Komunis China.
“Jemputan ini sukar mereka tolak sebab  terlalu terhutang budi dengan parti komunis itu,” katanya dalam kenyataan.
Menjawab tuduhan DAP juga menjalinkan hubungan dengan parti negara luar, Howard yang juga Presiden Kesatuan Sosialis Muda Antarabangsa (IUSY) berkata, daripada hubungan dengan 120 parti di 80 negara, tiada satu pun kerjasama dengan parti berideologi komunis.
“Bezanya ialah, DAP tidak ada hubungan dengan satu pun parti komunis tetapi UMNO mempunyai kerjasama erat dengan parti komunis yang paling berkuasa di dunia.
“Soalnya sekarang adakah Zambry akan memberitahu rakyat Malaysia bahawa DAP bukan parti komunis seperti yang dimomokkan selama ini?
“Adakah Zambry akan memohon maaf terhadap segala isu sensitif yang timbul? Adakah UMNO akan berhenti membohongi rakyat Malaysia?” Soalnya lagi. –Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena