Thursday 12 October 2017

[Video TAK NAK BN & Seleweng Dana KKLW: SPRM Akan Panggil Shafie Apdal] Walaupun pecah lima, Melayu masih terajui politik negara.

Jumaat, 13 Oktober 2017


Walaupun pecah lima, Melayu masih terajui politik negara

Tiada siapa menyangka Tun Mahathir dan Anwar akan bersama dalam satu pakatan politik.

Walaupun orang Melayu dilihat berpecah dari segi politik dengan kemunculan parti-parti politik baru, namun keadaan ini tidak memberi kesan kepada penguasaan Melayu dalam politik negara kerana wujudnya kerjasama antara parti-parti politik.
Sehubungan itu, tanggapan bahawa undi Melayu akan berpecah kepada lima parti iaitu Umno, Pas, PKR, AMANAH dan PPBM adalah tidak tepat.
Datuk Mahfuz Omar
Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, wujudnya banyak parti politik Melayu membolehkan orang Melayu menyertai parti yang dilihat sesuai dengan jiwa mereka.
Menurut beliau, walaupun wujud pemikir ‘politik kuno’ yang mendakwa kewujudan banyak parti politik mengakibatkan perpecahan dan melemahkan kuasa politik Melayu, namun pendekatan ‘politik penyatuan’ dalam pakatan besar (grand coalation) yang diusahakan para pemimpin politik pembangkang menghakis tanggapan ini.
“Ini adalah kebijaksanaan pemimpin politik pembangkang kususnya Pakatan Harapan (PH) dalam usaha memastikan peralihan kuasa kerajaan dari Umno/BN kepada PH tidak membimbangkan orang Melayu serta rakyat keseluruhan,” ujar beliau.
Melalui pendekatan politik ini, jelas Mahfuz tiada kawasan yang majoriti pengundi Melayu ditandingi calon bukan Melayu dari PH sekaligus menolak tanggapan kerusi parlimen Melayu akan berkurangan.
Kerusi pengundi campuran berbilang kaum, ujar beliau akan turut ditandingi calon Melayu PH sedangkan senario sedemikan tidak berlaku dalam BN yang cenderung menyerahkan kerusi campuran kepada calon bukan Melayu dari komponen BN.
Beliau juga yakin pilihan raya umum (PRU) akan datang bakal menyaksikan pertandingan dua pakatan politik besar iaitu PH dan BN.
“Adapun pakatan Gagasan Sejahtera dilihat sebagai pakatan terpencil dalam PRU ke-14 kerana Pas yang menerajui pakatan itu akan bertanding di 100 kerusi tetapi hanya menyasarkan menang di 40 kerusi.
“Mana mungkin hanya dengan 40 kerusi di Dewan Rakyat Pas mampu membentuk kerajaan baru mengantikan Umno/BN,” soal beliau yang juga ahli parlimen yang mewakili Pas.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang Melayu agar tidak khuatir melakukan perubahan politik pada PRU akan datang.
“Melayu akan terus kekal berkuasa dan menerajui kuasa baru politik Malaysia bersama kaum Cina, India, Sikh, Siam, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain di negara bertuah Malaysia yang tercinta,” katanya.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena