Sunday, 29 October 2017

[Video DS Nizar: Orang Buntong dah tak mau UmnoBN lagi, kerajaan pencuri duit rakyat] 'Bebalnya Lebai'.

Isnin, 30 Oktober 2017

Bebalnya Lebai


Adoyailah lebai ni....  beza antara Kerajaan dan Parti Yang Memerintah pon tarak tau ka?

Kalu sesuatu bantuan tu datang dari Kerajaan Negeri... maka mana boleh letak logo mana-mana parti politik waima logo parti politik yang sedang memerintah pon tarak boleh...

Macam kes baja subsidi yang sepatutnya hanya berlogo Kementerian atau Kerajaam Malaysia .... tak sepatutnya tertera logo UMNO atau Barisan Nasional (BN)...

Takkan lah benda sesimple ini pon lebai nih tak tahu... aper ke bebal sangatlah lebai ni... huhuhu

Semenjak berbaju pink sedondon dengan UMNO nih... semua dah belajar  kot.... huhuhu... lebai oh lebai...

Image result for Gambar baja cap dacing

Apabila tak dapat beza program Kerajaan Negeri & Parti.. maka beginilah berlaku pada ADUN PAS Selangor

PKR persoal gambar ADUN PAS pada sampul skim Selangor

Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat, Juwairiya Zulkifli mempersoalkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi yang didakwa mengelirukan orang ramai terhadap inisiatif kerajaan Selangor.

Juwairiya melalui laman sosial Facebooknya sebelum ini memuat naik gambar beberapa keping sampul surat yang tertera logo dan tulisan Skim Peduli Sihat.

Namun, pada sampul terbabit turut tertera gambar ADUN Sabak itu bersama logo PAS sedangkan skim terbabit merupakan program kerajaan negeri dan bukannya parti politik yang diwakili Sallehen.

Sampul tersebut dipercayai mengandungi borang dan kad skim berkenaan.

https://i.malaysiakini.com/1173/64d6c597861b184e98c6b415be9e96d9.jpeg
Oleh demikian, Juwairiya menegaskan tindakan Sallehen itu jelas memperlihatkan sikap tidak profesional beliau dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyatakan rasa kecewa saya pada ADUN tersebut yang tidak hormat dan tidak bersikap profesional dalam melaksanakan tugas yang mewakili kerajaan negeri di kawasan tersebut," kata Juwairiya kepada Malaysiakini.

Menurut Juwairiya, Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak seharusnya berbuat demikian.

"Program negeri harus ditonjolkan kerajaan negeri bukan parti politik yang diwakili.

"Kerana ADUN mewakili seluruh rakyat, mewakili negeri tanpa lihat latar belakang politik yang dinaunginya (orang yang mereka berkhidmat)," tegas Juwairiya.

Rawatan kesihatan asas

Oktober tahun lalu kerajaan negeri Selangor memperkenalkan skim kesihatan percuma untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam belanjawannya bagi tahun 2017.

Digelar 'Skim Peduli Sihat' atau skim perlindungan perubatan dan kesihatan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, langkah itu diambil untuk menangani kos sara hidup yang dihadapi kumpulan berkenaan.

Mereka yang dilahirkan dalam Selangor atau menetap di negeri itu lebih 10 tahun layak menyertai skim ini, katanya semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Skim ini akan diuruskan oleh pentadbir jagaan kesihatan pihak ketiga Selgate Corporation, yang akan membiayai rawatan kesihatan asas sebanyak RM500 setahun untuk setiap keluarga yang layak.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas Sallehen dan pejabat MB Selangor berhubung perkara tersebut.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/399876#FSCRVU7vxYWiXwJ1.99

KDL.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena