Friday 13 October 2017

[Video SUKAR BERSENDIRIAN~Bila Empat Parti Bergabung Pakatan Harapan Menjadi Sangat Kuat] 20 pemimpin PH berucap dalam himpunan 14 Oktober hari ini.

Sabtu, 14 Oktober 2017

Poster himpunan 14 Oktober. 20 pemimpin PH akan berucap.
Aturcara penuh himpunan 14 Oktober.

20 pemimpin PH berucap dalam himpunan 14 Oktober hari ini

20 pemimpin utama dari empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) akan memberikan ucapan masing-masing dalam Himpunan “Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” esok (hari ini).

Himpunan yang bakal bermula jam 4 petang di Padang Timur, Jalan Barat, Petaling Jaya itu akan tamat hingga jam 11 malam.

Penceramah dari AMANAH adalah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Siti Mariah Mahmud.
PKR pula adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Azmin Ali, Dr. Xavier Jayakumar,YB Zuraida Kamaruddin dan Nik Nazmi Nik Ahmad.Penceramah Bersatu pula Tun Dr. Mahathir Mohamad, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Cik Rina Harun dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Manakala DAP pula Lim Guan Eng, Tony Pua Kiam Wee, M. Kulasegaran, Chong Eng dan Wong Kah Woh.
Selain itu, acara-acara lain yang diadakan termasuk pameran berkaitan isu 1MDB, pameran karya-karya pertandingan komik ‘Sayangi Malaysia’, serta persembahan kebudayaan dan muzik. Permainan ‘Kleptopoly’ juga ada untuk dimain para hadirin.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena