Thursday 12 October 2017

[Video Felda Ditimpa Bencana Sejak FGV Dilancarkan] Mahdzir: Guru tak dihalang sokong mana-mana parti politik.

Jumaat, 13 Oktober 2017

Image result for Foto Malapetaka Felda
Image result for Foto Malapetaka Felda

Mahdzir: Guru tak dihalang sokong mana-mana parti politik

Kementerian Pendidikan tidak menghalang mana-mana guru menyokong mana-mana parti termasuk parti pembangkang, kata  Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Bernama memetik beliau sebagai berkata, ini kerana kerajaan mengamalkan sistem demokrasi dan semua rakyat termasuk guru berhak untuk membuat pilihan.
Katanya, masalah siapapun pemimpin yang akan dipilih pada pilihan raya umum kelak bukan isu, sebaliknya sebagai rakyat, tanggungjawab sebagai pemilih perlu ditunaikan.
Bernama memetik beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Guru Pembina Negara Bangsa dan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong, di Marang semalam.
Sementara itu, Bernama melaporkan beliau memberitahu pemberita selepas majlis itu bahawa 365,500 atau 86 peratus daripada 425,000 guru di seluruh negara telah berdaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa baki kira-kira 60,000 atau 14 peratus lagi guru menyegerakan pendaftaran bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena