Sunday, 29 October 2017

[Video Wahai PAS, Dengarlah Masalah Rakyat Dulu] 5 pasaraya Giant ditutup serentak! Ibu segala Bajet tang mana?

Ahad, 29 Oktober 2017

Image result for Foto Pasaraya Giant
Foto Kelab Che Det.
Puak sana selalu duk sebut tanda ekonomi kukuh adalah bila ramai nya org dalam P asaraya.... situasi ni nak simpul lagu mana??
Ibu segala Bajet mana??

5 pasaraya Giant ditutup serentak

5 pasaraya Giant ditutup serentak 
Pelanggan mengambil kesempatan membeli barangan yang dijual untuk penghabisan stok di Giant SACC Mall Shah Alam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Oktober, 2017.

LIMA cawangan pasaraya Giant akan ditutup serentak pada 5 November, berikutan keputusan untuk tidak menyambung perjanjian pajakan premis yang telah tamat.
Pemilik Giant, GCH Retail Malaysia dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insight semalam berkata, pihaknya memutuskan untuk menamatkan operasi di Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama yang telah tamat tempoh perjanjian pajakan di premis.
Kenyataan itu menyebut, penutupan lima cawangan itu dibuat selepas semakan semula operasinya bagi meningkatkan keberkesanan dan produktiviti.
Ditanya mengapa perjanjian pajakan berkenaan tidak disambung, jurucakap syarikat terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Jurucakap terbabit juga enggan mengulas berhubung nasib pekerja di lima premis terbabit.
Penutupan itu berlaku kerana sektor runcit Malaysia menghadapi sedikit penangguhan jualan pada suku kedua tahun ini, berbanding dengan tiga bulan pertama tahun 2017.
Jualan runcit berkembang pada 4.9% dari April hingga Jun, membalikkan prestasi buruk dari Januari hingga Mac apabila jumlah jualan merosot 1.2% tahun ke tahun.
Bagaimanapun, pemain industri berkata peningkatan itu hanya sementara dan dijana oleh perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya, dan menambah kelemahan dijangkan berterusan sepajang tahun ini kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Subsektor pasar raya dan hipermarket melaporkan penurunan yang lebih buruk daripada jangkaan dalam kadar pertumbuhan 4.8% pada suku pertama tahun 2017, yang paling teruk di kalangan subsektor runcit.
Persatuan Peruncit Malaysia berkata, pengendali pasaraya dan supermarket dijangka akan mengalami penurunan jualan 2.5% pada suku ketiga tahun ini.
Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenal 2015 menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka menutup operasi.
Berikutan penutupan itu, tinjauan The Malaysian Insight Giant SACC Mall Shah Alam mendapati ramai pelanggan menyerbu pasaraya terbabit untuk memborong barang-barang yang dijual.
Harga barang dijual serendah RM1 untuk penghabisan stok.
"Saya hendak beli barang biasa tapi nampak barang dengan harga murah saya terus borong. Saya rasa rugi kalau tak ambil sebab harga semua murah sampai bekas makanan pun jual RM1," kata salah seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Johan.
Syarikat yang berusia 73 tahun itu sinonim dengan jualan barang runcit yang menawarkan harga rendah. Bagaimanapun, selain daripada melawan corak perbelanjaan pengguna yang lemah, rangkaian pasaraya itu juga menghadapi persaingan daripada peruncit baru di pasaran. – 29 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena