Sunday, 15 October 2017

[Video Kita mahu M'sia jadi normal balik & tak mahu kita dipimpin orang gila] PAS AKHIRNYA AKAN SOKONG UMNO DALAM PRU 14 NANTI? Hmmmm, bak kata Nabil...lu fikirlah sendiri!

Isnin, 16 Oktober 2017

Foto Suara Rakyat.

UMNO dan Komunis China bersanding, cina DAP kah yang bersalah?

PAS AKHIRNYA AKAN SOKONG UMNO DALAM PRU 14 NANTI?


Telahan bahawa Akta 355 akan menjadi senjata yang akan merapatkan dan seterusnya mewujudkan hubungan kerjasama antara UMNO dengan Pas, biar pun tidak secara rasmi, akhirnya semakin terbukti menjadi kenyataan.

Ini berikutan kenyataan terbaru Ketua Dewan Ulama Pas, Dr. Mahfodz Mohamed yang menyatakan parti itu mahu dan merasakan lebih baik pindaan Akta 355 itu ditangguhkan sehingga PRU 14 diadakan terlebih dahulu.

Kata beliau, adalah lebih baik usul tersebut ditangguhkan sekiranya pada masa ini ia tidak mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada UMNO.

Kita mahu bentang dan terus menang. Jadi, untuk mencapai tujuan itu, kita kena buat perkiraan kalau orang UMNO, bahkan Islam yang lain tidak memberikan sokongan, lebih baik ditangguhkan dahulu, kata beliau.

Apakah makna kenyataan Dr. Mahfodz itu?

Sekali imbas, ia seperti menzahirkan keyakinan Pas mampu menang lebih banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang ini dan sekaligus menjadikan usaha meminda usul tersebut tidak berdepan banyak masalah.
Soalnya, apakah semudah itu untuk Pas menang lebih banyak kerusi?

Bagaimana jika mereka lebih banyak kalah daripada menang?

Tetapi, maksud lain daripada kenyataan Dr. Mahfodz itu ialah bahawa sama seperti hudud yang hanya merupakan mainan politik selama ini, Akta 355 juga jelas menerima nasib yang sama.

Jika benar pindaan Akta 355 itu begitu penting dan menjadi nadi kepada perjuangan Pas kini demi kepentingan umat Islam kononnya, bahkan mereka sudah mengadakan perhimpunan baju ungu di Padang Merbok sebelum ini, mengapa sekarang rela ia ditangguhkan?

Kenapa Pas tidak terus mendesak dan menekan Najib Razak, UMNO dan BN  agar dapat membenarkan ia dibahaskan dan diundi dengan segera sebelum PRU 14?

Habis, kalau asyik tangguh saja, untuk apa berhimpun dan memberi penerangan ke merata-rata tempat berhubung Akta 355 sebelum ini?

Siapa sebenarnya yang mempermain-mainkan isu pindaan Akta 355 ini demi laba politik sendiri?

Yang lebih penting daripada kesediaan Pas mahu menangguhkan pindaan itu sehingga selepas PRU 14 ialah ia dengan sendirinya mengesahkan bahawa parti itu wajib bekerjasama dan memastikan UMNO dan BN menang dahulu serta kekal berkuasa memerintah negara ini.

Maka, meskipun Akta 355 itu sudah ditangguh banyak kali dan kerajaan pernah memungkiri janji untuk menjadikannya sebagai usul kerajaan, Pas nampaknya sekali lagi "terperangkap" untuk terus membantu Najib, UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang demi mahu melihat pindaan akta berkenaan menjadi kenyataan.

Ia juga seolah-olah Pas diugut secara halus di mana jika parti itu ingin melihat pindaan Akta 355 tidak mati di tengah jalan, tugas membantu kemenangan UMNO dan BN hendaklah dilakukan terlebih dahulu.

Selepas menang, apakah UMNO dan BN akan benar-benar menunaikan janjinya untuk meneruskan pindaan?

Jika untuk  menjadikannya sebagai usul kerajaan pun tiada keberanian lantaran ditentang oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak, apakah Najib tiba-tiba akan jadi berani selepas PRU 14 nanti?

Hmmmm....bak kata Nabil...lu fikirlah sendiri!! (ShahbudinHusin 15/10/2017)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena