Friday, 27 October 2017

[Video Muhyiddin: Kos Sara Hidup Membebankan Rakyat] 1MDB alami kerugian jual aset tenaga kepada syarikat China.

Jumaat, 27 Oktober 2017

Image result for Foto Bajet 2018 Pakatan Harapan

1MDB alami kerugian jual aset tenaga kepada syarikat China – Tony Pua

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Dakwaan bahawa 1MDB menjana RM2.18 bilion dalam bentuk dividen hasil daripada penjualan kepentingan tenaganya kepada China General Nuclear Corp (CGN) adalah tidak benar.
Malah, kenyataan 1MDB yang mengatakan bahawa sebahagian besar dividen tersebut digunakan untuk membayar hutang pengambilalihan itu juga disifatkan sebagai mengarut.
Hakikatnya, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, 1MDB mengalami kerugian apabila menjual kepentingannya itu kepada syarikat China tersebut.
“Apabila saya semak penyata kewangan anak syarikat tenaga 1MDB, tidak ada satu tahun di mana mereka mengumumkan dividen kepada 1MDB.
“Ini bermakna dividen yang diperkatakan 1MDB adalah mengarut,” katanya yang juga dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan 1MDB semalam yang mendakwa bahawa syarikat itu kononnya mencapai ‘pulangan balik’ pelaburan tenaganya.
Anak syarikat tenaga 1MDB, Edra dijual kepada CGN dengan nilai RM9.82 bilion pada 2015.
Sebelum ini, Edra membeli aset jana kuasa di Malaysia, Mesir, Pakistan, dan Arab Bersatu dan Bangadesh antara 2012 dan 2013, dengan harga sekitar RM12 bilion. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena