Saturday, 28 October 2017

[Video Mansuh Tol, Federal (Najib) akhirnya tunduk kepada tekanan rakyat S'gor & Ini kali lah TUKAR] "Kami ditipu, dan ditipu lagi," kata Jeffrey & Bajet 2018 abai Sabah dan Sarawak.

Sabtu, 28 Oktober 2017


Image result for Foto kemiskinan sabah
Kenapa Kadar Kemiskinan Sabah Tertinggi Di Malaysia"

Bajet 2018 abai Sabah dan Sarawak

Bajet 2018 abai Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak diabaikan dan kekal 'sekurang-kurangnya 30 hingga 40 tahun di belakang' Semenanjung, kata Adun Bingkor dan Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah Dr Jeffrey Kitingan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Oktober, 2017.

SEKURANG-kurangnya separuh daripada bajet Putrajaya sepatutnya diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri itu memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata paimimpin parti pembangkang Sabah Dr Jeffrey Kitingan hari ini.
Namun sebaliknya, Sabah dan Sarawak diabaikan dan kekal "sekurang-kurangnya 30 hingga 40 tahun di belakang" Semenanjung, kata Adun Bingkor dan Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah.
"Lebih daripada 50% penduduk tidak mendapat bekalan air bersih dan masih bergantung kepada air hujan atau air sungai. Dalam Bajet 2018, hanya RM300 juta diperuntukkan untuk bekalan air luar bandar," katanya.
Bajet 2018 kerajaan Persekutuan yang dibentangkan di Parlimen semalam ialah RM280.25 bilion, yang mana 16% akan adalah untuk pembangunan sementara bakinya untuk perbelanjaan mengurus.
"Kerajaan Persekutuan yang prihatin akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 50% daripada bajet pembangunan 2018 untuk Sabah dan Sarawak.
"Apabila diabaikan ketka ini, Sabah dan Sarawak tidak akan dapat mengejar pembangunan dengan Malaya, yang menjadi asas penting menjadikan Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia," kata Jeffrey dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata Putrajaya membelanjakan lebih RM100 bilion bagi projek MRT di Kuala Lumpur dan Lembah Klang tetapi hanya RM500 juta untuk jalan raya di luar bandar Sabah dan Sarawak.
Jambatan Labuan sebelum ini juga dijanjikan di bawah manifesto Barisan Nasional untuk Sabah pada PRU13, tetapi kini "diturun taraf kepada kajian kebolehlaksanaan" di bawah Bajet 2018.
"Kami ditipu, dan ditipu lagi," kata Jeffrey.
Beliau berkata kedua-dua negeri itu merupakan antara negeri termiskin dengan 40% adalah Sabah dan Labuan, walapun Sabah dan Sarawak masing-masing adalah penyumbang kelima dan ketiga terbesar kepada keluaran mata kasar Malaysia melalui sumber petroleum dan gas asli.
"Sabah menghasilkan kira-kira 65% pengeluaran minyak mentah negara, iaitu dua platform pengeluaran minyak terbesar menghasilkan 193,000 dan 135,000 tong sehari.
"Dengan AS$60 (RM254) setong sekarang, nilainya adalah RM83.64 bilion setahun. Berbanding Terengganu yang cuma menghasilkan 2,000 tong sehari.
"Bagi minyak sawit, Sabah merupakan pengeluar ketiga terbesar di dunia, menyumbang lebih RM20 bilion setahun," katanya.
Jeffrey berkata Bajet 2018 menunjukkan Sabah tidak lebih sebagai penyumbang ekonomi negara.
Beliau tidak menyentuh perkara lain dalam bajet yang dibentangkan semalam, seperti peruntukan RM50 juta untuk meninjau dan memetakan tanah adat di Sabah dan Sarawak serta RM90 juta bagi penyeragaman harga keprluan asas di Sabah dan Sarawak. – 28 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena