Friday, 27 October 2017

[Video Laungan 'kleptokrasi!' penutup Bajet 2018] MP HARAPAN melaungkan 'kleptokrasi! MP PAS pula hanya 'melopong menjadi penonton' & Anggota MT Umno kena tikam di kepala, bahu.

Sabtu, 28 Oktober 2017

Laungan 'kleptokrasi!' tutup pembentangan Bajet 2018

BAJET 2018 | Sesi pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini ditutup dengan laungan "kleptokrasi" oleh anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN), yang berbuat demikian sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai berucap.
Menamatkan ucapannya dengan penuh semangat, Najib berkata anggota parlimen BN akan tetap melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Sampai ke titisan darah terakhir, membawa Barisan Nasional menuju kemenangan besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti," katanya.
Anggota parlimen HARAPAN kemudian melaungkan "kleptokrasi!" sebagai membalas kenyataan Najib itu.
Mereka juga mengangkat plakad yang menunjukkan bantahan terhadap GST, serta janji mereka untuk menaikkan gaji minima kepada RM1,500 jika mentadbir negara.
Anggota parlimen BN membalas aksi itu dengan mengangkat buku Bajet 2018.
Anggota PAS pula hanya 'menjadi penonton' dan tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak.
Najib yang juga menteri kewangan dilihat tidak mengendahkan aksi HARAPAN, dan hanya tersenyum ketika kembali duduk selepas menamatkan ucapannya.
Namun lain ceritanya dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mula, yang dilihat menahan marah di tengah-tengah jeritan kedua-dua pihak.
Pandikar juga berulangkali mengetuk tukulnya untuk menenangkan keadaan.
Ketika ditemui di luar Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata anggota parlimen HARAPAN bertindak sedemikian kerana kecewa Najib membentangkan "bajet yang baik".
Aksi anggota parlimen HARAPAN itu sudah menjadi semacam satu tradisi, setiap kali sesi pembentangan bajet di Dewan Rakyat.
Pada pembentangan tahun lalu, mereka mengangkat plakad 'Siapa MO1?' sebelum keluar dari Dewan Rakyat, ketika Najib sedang membentangkan bajet.
Mereka bertindak demikian selepas Pandikar berulangkali meminta mereka agar duduk bagi membolehkan Najib meneruskan ucapannya. Ketika itu, Pandikar berkata sesiapa yang tidak ingin mendengar ucapan perdana menteri boleh keluar dari Dewan Rakyat.
malaysiakini.

Laporan: Anggota MT Umno ditikam di kepala, bahu
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi Shahadan dilaporkan ditikam di kepala dan bahu di depan rumahnya di Sungai Buloh pada pukul 9 malam tadi, oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman.
Menurut laman mStar Online, isterinya Datin Nurul Azni Roslan berkata, kejadian itu berlaku ketika Sohaimi baru keluar dari rumah bersama-sama pemandu dan adik iparnya untuk ke Shah Alam.
"Mula-mula orang itu baling batu ke arahnya dan belum sempat dia bertanya mengapa orang tersebut bertindak begitu, dia terus ditikam.
"Kejadian malam ini bukanlah kali pertama berlaku. Orang yang sama pernah menyerang suami saya sebelum ini dengan membaling batu dan menyimbah cat ke arah kereta kami," katanya seperti dipetik.
Polis juga telah mengambil keterangan berkenaan kejadian itu, kata laporan itu lagi.
Nurul Azni berkata Sohaimi kini dirawat di Hospital KPJ Damansara dan kini dalam keadaan stabil.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena