Wednesday, 25 October 2017

[Video Uncle Soh ditangkap Bersajak Isu 1MDB & Mahfuz kecewa soalan lisan ditolak] Pelaburan Felda di Grand Plaza Kensington Hotel tidak wujud? SAYA BUAT LAPORAN POLIS, Felda pula mahu saman saya.

Rabu, 25 Oktober 2017


Related image
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington, London oleh FELDA Investment Corporation (FIC) 
Foto Rafizi Ramli.
SAYA BUAT LAPORAN POLIS
FELDA MAHU SAMAN SAYA
Pagi tadi saya buat laporan polis berkenaan apa yang telah berlaku di Felda dan pelaburan hartanah di London. Menteri melahirkan rasa kekesalan kerana katanya ramai orang percaya kepada apa yang saya cakap sedangkan itu tidak betul -

"Dia daripada dulu pun banyak perkara yang dibina sebuah andaian yang dia percaya bahawa ia adalah benar.

"Kita ambil contoh Tabung Haji dia bina satu cerita ada pendeposit bawa keluar duit, NFC sampai ke mahkamah dia putuskan bahawa apa yang dicerita itu tidak betul dan Felda termasuk 1MDB dibina satu cerita disebabkan maklumat yang diperolehi sebab dia obses, sebab mungkin dia rasa dia yang terbaik dalam percukaian di negara ini."

"Dia tahu tentang perakauan maka dia bina satu cerita sebagai satu perkara yang dia percaya benar."

"Saya rasa kecewa sebab semalam ramai yang tengok dia punya FB live tapi sebenarnya dia cakap sorang-sorang tapi semua orang dengar."

“Saya tak risau tentang saya dan apa yang kami buat cuma saya risau orang yang mendengar itu yang sampai hari ini percaya cakap-cakap dia yang tak betul, orang yang dengar semalam pun sampai hari ini marah pada saya dan Shahril, hina kami."

"Saya tak marah tapi kepercayaan dia terhadap apa yang dibuat Rafizi itu yang saya risau akan ramai rakyat kita yang akan terus percaya dan kalau tak dibetulkan sampai mati dia akan menghukum orang yang salah."

Saya pun tak marah kepada Dato' Razali walaupun sekali baca saya bengang sebab saya baca "... SEBAB DIA OBESE", tapi bila baca balik rupanya obses.

Saya obses sebab ini duit rakyat. Saya pun tak tahu kenapa saya susah-susah, mungkin lebih mudah kalau saya masuk parlimen keluar parlimen tak ambik tahu benda-benda macam ini.

Tapi Allah berikan kita akal dan hati. Dari akal dan hati ini datang ilmu dan rasa takut kepada Allah. Saya cuma rasa kasihan kepada orang-orang susah yang terpaksa tanggung semua ini sedangkan mereka tidak tahu apa-apa.

Tak apa Dato, Tan Sri - kita buat kerja kita masing-masing.

Felda katanya nak saman saya. Boleh join Persatuan Penyaman Rafizi (PPR) iaitu DS Shahrizat Jalil, DS Salleh Ismail, DS Najib Razak, DS Rosmah Mansor, LTAT dan banyak lagi.

Jadi kita jumpa di mahkamah.

Saya juga ada buat laporan polis supaya siasatan dimulakan, kalau Dato' dan Tan Sri ke mahkamah jangan marah saya pulak!

“ Saya bernama Mohd Rafizi Ramli (770914-11-5025) adalah Ahli Parlimen bagi kerusi Pandan, Selangor. Dengan latar belakang sebagai seorang bekas juru audit dan akauntan bertauliah, saya selalu memberi perhatian kepada prestasi kewangan badan-badan kerajaan milik rakyat. Sejak Disember 2016, saya telah memberikan perhatian meneliti prestasi kewangan Felda dan semua syarikat yang berkait dengannya.

Saya ada membaca Laporan Tahunan Felda 2015 di Pusat Khidmat Parlimen Pandan pada 4 Oktober 2017 untuk menganggarkan kedudukan aliran tunai Felda yang terkini. Bermula dari situ, saya telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pelaburan-pelaburan hartanah yang telah dibuat oleh anak-anak syarikat Felda sejak 2013.

Saya percaya telah berlaku banyak pelanggaran undang-undang (sama ada sengaja atau tidak sengaja) yang berbentuk jenayah yang perlu disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang seperti berikut:

1. ANAK-ANAK SYARIKAT YANG MEMEGANG HARTANAH SEPERTI YANG DIISYTIHARKAN DI DALAM PENYATA KEWANGAN FELDA YANG DIAUDIT BAGI 2015 TIDAK WUJUD

Saya merujuk kepada muka surat 293 penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015, di Nota 44(a) yang menyenaraikan semua anak-anak syarikat Felda di seluruh dunia.

Penyata kewangan diaudit itu mengisytiharkan bahawa salah satu anak syarikat Felda di UK adalah FIC Global Ltd yang ditubuhkan di United Kingdom bagi tujuan pegangan pelaburan hartanah dan dimiliki sepenuhnya oleh Felda.

Penyata kewangan diaudit itu (di muka surat 281, Nota 39(d)(viii)) mengisytiharkan bahawa satu pinjaman sebanyak £17.5 juta telah diambil dan dicagarkan kepada pegangan saham Felda di dalam FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”), anak syarikat milik penuh Felda yang memiliki Grand Plaza Kensington Hotel.

Walau bagaimana pun, Nota 44(a) di muka surat 293 yang diwajibkan menyenarai SEMUA anak-anak syarikat Felda di seluruh dunia tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”) ini.

Penyata kewangan Felda yang diaudit memberi gambaran bahawa FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”) bukan anak syarikat Felda dan FIC Global Ltd adalah anak syarikat milik penuh Felda yang ditubuhkan di United Kingdom.
Saya telah membuat carian di dalam Companies House di United Kingdom dan mendapati:

a) FIC Global Ltd tidak wujud sebagai syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom, sebaliknya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI)

b) FIC London Hotel Pvt. Ltd. tidak wujud sebagai syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom, sebaliknya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI)

Penemuan ini menunjukkan berlaku jenayah apabila pengisytiharan yang dibuat di dalam penyata kewangan Felda yang diaudit adalah tidak benar apabila kedua-dua buah syarikat itu sama ada tidak wujud dan/atau bukanlah milik Felda.

Segala tindakan bermula dari keputusan pelaburan, penubuhan syarikat-syarikat, pembelian hartanah, urusan statutori dan undang-undang syarikat, penyimpanan rekod yang betul dan pengisytiharan di dalam penyata kewangan boleh disiasat di bawah pelbagai peruntukan di dalam Akta Syarikat, Kanun Keseksaan, Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan pelbagai akta yang lain.

2. HARTANAH YANG DIBELI FELDA DIDAFTARKAN HAKMILIK ATAS SYARIKAT YANG TIDAK WUJUD DAN/ATAU DIRAGUI PEMEGANG SAHAMNYA

Dari perkara (1), saya terus menyiasat pemilikan hartanah yang dibeli oleh Felda di United Kingdom dengan menyemak geran-geran hakmilik hartanah-hartanah tersebut.

Saya mendapati geran bagi Grand Plaza Kensington Hotel didaftarkan di atas nama FIC London Hotel Pvt. Ltd. yang tidak wujud di United Kingdom dan kewujudan serta pemilikannya di BVI diragui.

Carian di BVI Gazette iaitu warta rasmi Kerajaan BVI menunjukkan satu syarikat yang bernama sama telah pun dibatalkan pendaftarannya dalam bulan Mei 2016.

Ini menimbulkan tanda tanya sama ada Felda masih memiliki hotel itu atau pun hakmiliknya telah terbatal.

Saya juga mendapati penyata kewangan Felda yang diaudit 2015 mengisytiharkan bahawa anak syarikatnya FIC London Hotel Pvt. Ltd. mempunyai nama asal yang lain iaitu Somellier Limited yang hanya ditukar nama pada 6 Mei 2015 (rujuk muka surat 299, Nota 49(b)).

Ini bermakna, ada kemungkinan besar syarikat yang bernama FIC London Hotel Pvt. Ltd. yang didaftarkan sebagai pemilik hotel itu pada tarikh Felda membelinya iaitu 5 November 2014 bukanlah syarikat sama yang diisytiharkan oleh Felda sebagai anak syarikatnya.

Penemuan ini menunjukkan ada kemungkinan besar hartanah Felda yang dibeli pada harga sekitar RM330 juta tidak pernah didaftarkan atas nama syarikat yang dimiliki oleh Felda.

Oleh itu, segala tindakan bersabit pembelian dan pendaftaran hartanah ini bermula dari keputusan pelaburan, penubuhan syarikat-syarikat, pembelian hartanah, urusan statutori dan undang-undang syarikat, penyimpanan rekod yang betul dan pengisytiharan di dalam penyata kewangan boleh disiasat di bawah pelbagai peruntukan di dalam Akta Syarikat, Kanun Keseksaan, Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan pelbagai akta yang lain.

Sekian, saya membuat laporan.”


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena